Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kylie Jenner sewa Equanimity untuk sambut ulang tahun

Selebriti Amerika Syarikat, Kylie Jenner akan menyambut ulang tahunnya yang ke-22 di atas kapal mewah Equanimity akhir bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kylie Jenner sewa Equanimity untuk sambut ulang tahun

Kylie Jenner (kiri) dan kapal Equinimity (Gambar: Instagram/Kylie Jenner, Reuters)

Diterbitkan : 06 Aug 2019 09:24AM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 09:25AM

AMERIKA SYARIKAT: Selebriti Amerika Syarikat, Kylie Jenner akan menyambut ulang tahunnya yang ke-22 di atas kapal mewah Equanimity akhir bulan ini.

Kapal yang asalnya dimiliki ahli perniagaan yang mencetuskan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low itu telah dijual kerajaan Malaysia April lalu kepada Genting Malaysia Berhad pada harga AS$126 juta (S$174 juta).

Portal hiburan antarabangsa, TMZ melaporkan, Equanimity yang kini telah ditukar namanya kepada Tranquility disewa oleh Kylie pada harga AS$1.2 juta (S$1.7 juta) seminggu.

Menurut TMZ lagi, kapal mewah yang mempunyai saiz sepanjang 91.5 meter itu boleh menampung 22 tetamu dan mempunyai 10 kabin, bilik sauna, jakuzi, dan kolam renang.

Kapal itu akan melakukan persinggahan di pelabuhan-pelabuhan lautan Mediterranean.

Kylie yang merupakan adik-beradik tiri kepada Kim Kardashian merupakan usahawan kosmetik antarabangsa di samping membintangi program realiti 'Keeping up with the Kardashians'.

Beliau menubuhkan Kylie Cosmetics yang dilaporkan mempunyai nilai AS$1 bilion (S$1.39 bilion) sekali gus menjadikannya sebagai jutawan termuda dalam sejarah, lapor Forbes.

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan