Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kunjung ke KL? Pameran Sudirman Hj Arshad sedang berlangsung

Jika rakyat Singapura, atau rakyat Malaysia sendiri, merancang untuk ke Kuala Lumpur semasa musim cuti sekolah mulai hujung minggu depan, ini mungkin sesuatu yang boleh anda sertakan dalam atur cara lawatan anda.

Anggaran Waktu Membaca:
Kunjung ke KL? Pameran Sudirman Hj Arshad sedang berlangsung

Antara koleksi yang dipamerkan di pameran 'One Thousand Million Smiles..'. (Gambar: Datuk Sudirman Haji Arshad/ Facebook)

Diterbitkan : 03 Mar 2018 06:04PM Dikemas Kini : 03 Mar 2018 06:12PM

KUALA LUMPUR: Jika rakyat Singapura, atau rakyat Malaysia sendiri, merancang untuk ke Kuala Lumpur semasa musim cuti sekolah mulai hujung minggu depan, ini mungkin sesuatu yang boleh anda sertakan dalam atur cara lawatan anda.

Pameran yang memperingati penyanyi legenda Sudirman Hj Arshad, baru sahaja dibuka dan akan bejalan sehingga 25 Mei ini.

Pameran berjudul 'One Thousand Million Smiles..' itu diadakan di Perpustakaan UM bermula semalam (2 Mac).

Tesis yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad sebagai menyempurnakan kursus Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kepujian di Universiti Malaya (UM) pada 1980 merupakan antara koleksi menarik pada pameran sempena mengenang penyanyi nombor satu Asia itu.

Menurut Timbalan Pengerusi Pameran Perpustakaan UM, Cik Shamsiah Abu Bakar, pameran itu juga mempamerkan koleksi album termasuk piring hitam pertama seniman itu serta artikel-artikel yang membabitkan dirinya selama bergelar penghibur hingga akhir hayatnya.

"Pameran ini juga sebagai mengenang penyanyi itu sebagai Alumni UM yang mempamerkan koleksi berkaitan beliau sebagai insan seni yang mempunyai bakat luar biasa,” katanya semasa majlis pelancaran pameran “Óne Thousand Million Smiles...” di Perpustakaan UM.

Majlis berkenaan dirasmikan Duta Alumni UM, Aznil Nawawi yang menjadikan Sudirman sebagai idolanya sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Cik Shamsiah lagi, pameran berkenaan yang dibuka kepada umum juga berkongsi maklumat peribadi yang meliputi biodata diri, pencapaian dan sumbangannya.

Sementara itu, beliau berkata prinsip dan sikap Sudirman yang berjaya menggapai kejayaan dalam pendidikan walaupun mempunyai cita-cita menjadi seorang penghibur wajar dicontohi generasi masa kini.

Sudirman anak kelahiran Temerloh, Pahang pernah dinobat Penghibur Terbaik Asia di 'Asian Popular Music Awards' yang berlangsung di Royal Albert Hall London pada 1989.

Sepanjang pelibatannya dalam bidang seni, penyanyi itu menghasilkan 18 album dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan dalam bentuk piring hitam, kaset dan cakera padat.

Allahyarham juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk 'Kami’ pada 1983. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan