Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumpulan seni bergiat semula atas pentas selepas 6 bulan

Satu persembahan yang berlangsung di hadapan para penonton secara fizikal diadakan buat pertama kalinya selepas enam bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2020 07:59PM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 09:04PM

SINGAPURA: Satu persembahan yang berlangsung di hadapan para penonton secara fizikal diadakan buat pertama kalinya selepas enam bulan.

Meski perlu mematuhi pelbagai sekatan, kumpulan-kumpulan seni tempatan menyifatkannya sebagai satu langkah besar kepada pembukaan semula sektor berkenaan yang terjejas teruk oleh COVID-19.

Bagi sebuah persembahan perintis, hanya 30 kakitangan dibenarkan berada di atas pentas dan ditontoni hanya 50 orang.

Para pemuzik juga perlu menjaga jarak dengan mereka yang tidak memakai pelitup perlu berada dua meter antara satu sama lain.

Para penonton pula duduk tiga meter jauh dari pentas persembahan.

Persembahan perintis sedemikian akan dianjurkan atau diadakan di tempat-tempat tertentu sahaja.

Walaupun perlu berdepan dengan sekatan-sekatan ini, tujuan usaha perintis itu bagi para seniman serta pengendali tempat adalah untuk menghidupkan semula sektor seni tempatan.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan