Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumpulan K-pop, BTS seru belia untuk yakin diri dalam ucapan di PBB

Kumpulan sensasi Korea, BTS menjadi kumpulan K-pop pertama untuk menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini apabila ia menggesa golongan muda supaya mempercayai diri dan yakin dengan suara mereka sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan K-pop, BTS seru belia untuk yakin diri dalam ucapan di PBB

Kumpulan sensasi K-pop, BTS. (Gambar: @bts.bighitofficial/Instagram)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 03:11PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 03:19PM

NEW YORK: Kumpulan sensasi Korea, BTS menjadi kumpulan K-pop pertama untuk menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini apabila ia menggesa golongan muda supaya mempercayai diri dan yakin dengan suara mereka sendiri.

Kumpulan BTS yang terdiri daripada tujuh anggota itu mencatat sejarah dengan menyampaikan ucapan selama tiga minit semasa majlis perasmian Generation Unlimited, iaitu rakan sokong global Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) di sesi Perhimpunan Agung PBB yang ke-73 di New York pada Isnin (24 Sep).

Ditubuhkan pada 2013, BTS adalah salah sebuah kumpulan K-pop yang paling popular di dunia dengan lebih 13.3 juta pengikut di Instagram.

Menurut laporan CNN, BTS sebelum ini pernah bekerjasama dengan PBB dalam kempen-kempen meningkatkan kesedaraan dan pengumpulan dana.

Pada 2017, BTS menyertai Jawatankuasa Korea UNICEF bagi menghasilkan lagu yang berjudul 'Love Myself'.

Ia bekerjasama dalam kempen #ENDviolence UNICEF bagi menyokong program membanteras keganasan belia, lapor CNN.

Menurut kenyataan PBB, Generation Unlimited akan berusaha untuk menangani "krisis latihan dan pendidikan sejagat yang pada masa ini menghambat berjuta-juta orang muda serta mengancam kestabilan dan kemajuan."

CNN melaporkan bahawa Generation Unlimited akan menangani krisis itu dengan menumpukan perhatian terhadap pendidikan menengah serta kemahiran bagi pembelajaran, pengambilan kerja dan kerja yang baik, serta memperkasa golongan muda.

Antara para hadirin di majis itu adalah Setiausaha Agung PBB António Guterres, Presiden Kumpulan Bank Dunia Jim Yong Kim dan Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan