Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kumbang spesis baru di Sabah diberi nama sempena pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio

Sejenis kumbang yang ditemui di Malaysia, dinamakan bersempena nama pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumbang spesis baru di Sabah diberi nama sempena pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio

Pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio. (Gambar: Leonardo DiCaprio/Instagram)

Diterbitkan : 05 May 2018 12:11AM Dikemas Kini : 05 May 2018 12:14AM

SABAH: Sejenis kumbang yang ditemui di Malaysia, dinamakan bersempena nama pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Dinamakan "Grouvellinus leonardodicaprioi", kumbang itu adalah antara tiga spesies baru yang ditemui oleh sekumpulan saintis di kawasan air terjun di Maliau Basin, Sabah, lapor laman Astro Awani.

Ia ditemui dalam ekspedisi yang dijalankan oleh Taxon Expeditions, yang berpangkalan di Belanda, dalam ekspedisi ke kawasan terpencil untuk mereka yang berminat dengan alam semula jadi dan sains.

Ekspedisi itu juga membantu mereka membuat penemuan saintifik, menurut keterangan di laman web Taxon.

Penemuan itu diumumkan dalam jurnal umum, ZooKeys, menurut Astro Awani.

Nama DiCaprio diambil kerana aktor itu aktif melakukan kerja-kerja amal dan pemuliharaan alam sekitar, malah turut menubuhkan Yayasan Leonardo DiCaprio yang cukup giat menjalankan aktiviti pemuliharaan biodiversiti.

DiCaprio bagaimanapun bukan selebriti pertama diberi penghormatan seumpamanya. Kate Winslet, Donald Trump, Arnold Schwarzenegger antara yang pernah dijadikan inspirasi untuk menamakan serangga spesis baru, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan