Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kugiran rock wanita Arab Saudi jadi inspirasi ratu rock Ella

Ratu rock seberang tambak, Ella Aminuddin menepis stereotaip berhijab sebagai halangan beliau mengadakan konsert dengan penuh bebrtenaga pada hujung minggu lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kugiran rock wanita Arab Saudi jadi inspirasi ratu rock Ella

Ella Aminuddin. (Gambar: Bella Jamal/Facebook)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 03:06PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 03:13PM

KUALA LUMPUR: Ratu rock seberang tambak, Ella Aminuddin menepis stereotaip berhijab sebagai halangan beliau mengadakan konsert dengan penuh bebrtenaga pada hujung minggu lalu.

Meskipun bertudung, tenaga semasa konsertnya itu tidak mengecewakan. Menurutnya, beliau menjadikan sebuah kumpulan wanita Rock n Roll dari Arab Saudi sebagai contoh untuk terus berkarya, lapor Astro Gempak.

Ella berkongsi: "Ia tak mudah untuk menyanyi dan beraksi di pentas besar apabila sudah berhijab. Tak sama!

"Tetapi, selepas berhijab saya rasa ia bukan halangan untuk saya menghiburkan peminat saya.

Astro Gempak melaporkan bahawa sepanjang konsert dua jam itu, penyanyi yang bersuara serak-serak basah itu mendendangkan lagu seperti Nuri, Layar Impian, Rama-Rama, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan banyak lagi.

Penyanyi berusia 52 tahun itu, berkongsi bahawa rahsia di sebalik kemampuan beliau kekal aktif adalah disebabkan oleh sifat disiplin yang tinggi dan rajin bersenam.

Menurut Astro Gempak lagi, semasa konsert itu, beliau turut mengundang suaminya, Kapten Azhar dan adik bongsunya, Korie untuk segmen duet khas. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan