Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert tahunan Rapsodi ke-19 raikan persahabatan erat S'pura-Brunei

Selama hampir 20 tahun, Singapura dan Brunei berkongsi pentas bagi memajukan industri muzik di rantau ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2019 08:22PM Dikemas Kini : 28 Sep 2019 07:33AM

SINGAPURA: Selama hampir 20 tahun, Singapura dan Brunei berkongsi pentas bagi memajukan industri muzik di rantau ini.

Tahun ini tidak terkecuali.

Konsert tahunan Rapsodi terbitan bersama MediaCorp dan Radio Televisyen Brunei, kembali malam ini (27 Sep) untuk menghiburkan para penonton.

Turut hadir menyerikan edisi ke-19 Rapsodi ialah Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran dan Menteri Budaya, Belia dan Sukan Brunei, Mejar Jeneral Aminuddin Ihsan Abidin.

"Dengan adanya Memorandum Persefahaman di dalam bidang penyiaran, kita dapat juga meraih kerjasama di antara kedua negara dan saling bertukar-tukar fikiran, pendapat dan juga set kemahiran di antara pihak penerbitan di Brunei dan juga di Singapura dan kami harap persahabatan ini akan terus berterusan hingga selamanya, kata Ketua Unit Audiens Melayu Mediacorp, Cik Sabariah Ramlan.

Barisan artis Singapura yang bakal memberi persembahan hebat malam ini termasuk penyanyi-penyanyi popular seperti Awi Rafael, Mohd Shahfiq, Farisha Ishak dan Farhan Shah.

Gabungan tenaga yang sama juga ditampilkan barisan artis dari Brunei Darusalam yang diwakili Ezah Hashim, Fakhrul Raz, dan Sabrina Eelini.

Selain menjanjikan sajian-sajian lebih hebat dan menarik, konsert selama satu setengah jam malam ini juga ingin meraikan pencapaian artis dari kedua-dua negara.

Bertemakan 'Raikan Juara', Rapsodi 2019 dihoskan pelakon dari Singapura,Farhana M. Noor, dari Brunei pula, Nasrul Nassar.

"Ini kali pertama kami digandingkan untuk acara gah Rapsodi 2019 saya berbesar hatilah kerana saya mewakili Singapura kan. Dan saya rasa kami ada ‘chemistry’ yang sangat baik, senang untuk bekerjasama dan saya harap persahabatan ini akan berkekalan sampai bila-bila," ujar hos dari Singapura, Farhana M Noor.

Wakil dari Brunei, Nasrul Nassar turut berkongsi pengalamannya mengacara Rapsodi 2019.

"Memang dikatakan seronok sebab ini adalah kali pertama saya mengacara dalam Rapsodi 2019, dan bagi saya ini adalah peluang yang baik. Pendedahan bagi saya dan kawan saya dari Brunei, sangat baik daripada Singapura," katanya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan