Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert 'reunion' Spice Girls dicemari masalah sistem bunyi

Persembahan pertama siri konsert 'reunion' Spice Girls di Dublin mungkin boleh dikatakan gah, malangnya ia dibelenggu masalah sistem bunyi.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert 'reunion' Spice Girls dicemari masalah sistem bunyi

Kumpulan Spice Girls tanpa seorang anggota asal mereka, Posh Spice (Gambar: Twitter/Spice Girls News)

Diterbitkan : 26 May 2019 04:53PM Dikemas Kini : 26 May 2019 05:02PM

DUBLIN: Persembahan pertama siri konsert 'reunion' Spice Girls di Dublin mungkin boleh dikatakan gah, malangnya ia dibelenggu masalah sistem bunyi.

Kumpulan pop wanita 1990-an itu memulakan konsert 'comeback' mereka yang dinanti-nantikan di Croke Park, Dublin tanpa Victoria Beckham pada Jumaat (24 Mei).

Namun ramai peminat yang hadir mengadu sistem bunyi di tempat itu begitu teruk sehingga mereka tidak dapat mengenal dengan jelas lagu-lagu yang dipersembahkan.

"Jelas ada masalah apabila (anda melihat) penonton di konsert @SpiceGirls duduk sahaja, kerana mereka tidak tahu sedikit pun lagu apa yang dipersembahkan akibat sistem bunyi yang teruk," tulis seorang peminat Sabrina Egerton di Twitter.

Penonton lain pula menulis di Twitter mendakwa kelihatan sebahagian penonton meninggalkan dewan konsert akibat isu sistem bunyi. Mereka turut bertanya jika mereka akan mendapat bayaran balik bagi tiket yang bernilai lebih 100 euro setiap satu.

Selepas membuat persembahan, Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown turut berkongsi kekecewaannya di media sosial.

"Kami akan berjumpa anda di Cardiff. Dan semoga sistem suara dan bunyi akan jauh lebih baik di sana," tulis anggota Spice Girls itu di Instagram.

Konsert jelajah 13 persinggahan itu menandakan pertama kali kumpulan Spice Girls yang terdiri daripada Brown, Geri Horner, Emma Bunton dan Melanie Chisholm membuat persembahan bersama sejak upacara penutup Sukan Olimpik 2012 di London.

Konsert di Dublin dimulakan dengan lagu Spice Up Your Life diiringi dengan pertunjukan bunga api.

Victoria Beckham, yang juga dikenali dengan nama pentas Posh Spice, mengumumkan tahun lalu bahawa beliau tidak akan ikut serta, hanya setakat memberi kata-kata perangsang kepada rakan-rakan sekumpulan. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan