Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert online "One World: Together at Home" tampilkan penggiat muzik pop dan klasikal

Di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang, dunia bergabung suara menerusi muzik.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert online "One World: Together at Home" tampilkan penggiat muzik pop dan klasikal

(Gambar: Eddie Keogh/Reuters)

Diterbitkan : 19 Apr 2020 05:34PM Dikemas Kini : 19 Apr 2020 05:51PM

REUTERS: Di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang, dunia bergabung suara menerusi muzik.

Dengan pembatalan banyak konsert, sebuah konsert online terbesar berlangsung awal pagi tadi (19 Apr).

Dipanggil "One World: Together at Home, ia menampilkan para penggiat muzik pop dan klasikal daripada Amerika Syarikat, Asia dan Timur Tengah, semuanya membuat persembahan dari rumah.

Diolah-oleh penghibur terkenal Lady Gaga, konsert selama enam jam yang ditayangkan secara online itu disusuli dengan acara waktu perdana selama dua jam yang menampilkan barisan artis seperti The Rolling Stones, Elton John, Celine Dion dan Stevie Wonder.

Turut membuat persembahan adalah artis-artis popular, Billie Eilish, Taylor Swift dan pemuzik dari Ireland, Hozier.

Meskipun bukan tujuan amal, acara itu bertujuan untuk menggalak para dermawan, syarikat dan pemerintah untuk menyumbang kepada 'Dana Respons Perpaduan COVID-19' Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setakat ini, sebanyak AS$150 juta (S$213 juta) sudah berjaya dikumpulkan. 

Sumber : Reuters/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan