Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert Lefthanded di S'pura diteruskan, langkah waspada dilaksana di tengah-tengah penularan COVID-19

Konsert Lefthanded dan Ramli Sarip di Singapura pada 8 malam 7 Mac ini akan diteruskan mengikut jadual, dengan langkah berjaga-jaga dilaksanakan di tengah-tengah penularan virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert Lefthanded di S'pura diteruskan, langkah waspada dilaksana di tengah-tengah penularan COVID-19

(Dari kiri) Man Keedal, Ramli Sarip dan Nash (Gambar: Instagram/ogoffgridprojects)

BERITAmediacorp: Konsert Lefthanded dan Ramli Sarip di Singapura pada 8 malam 7 Mac ini akan diteruskan mengikut jadual, dengan langkah berjaga-jaga dilaksanakan di tengah-tengah penularan virus korona COVID-19.

Dalam kenyataan yang dimuatkan di laman Facebook awal minggu ini (17 Feb), penganjur acara OG Offgrid Projects menekankan pihaknya bekerjasama dengan Panggung Capitol dalam mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

PANDUAN UNTUK PENONTON

OG Offgrid Projects juga mohon kerjasama para pemegang tiket bagi konsert Lefthanded 'Seruan' x Ramli Sarip agar mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menghadiri konsert tersebut, termasuk:

  • memantau suhu badan sendiri
  • menemui doktor jika mengalami sebarang simptom kurang sihat
  • kerap membasuh tangan dengan sabun dan air

"Kerjasama anda dan pemahaman anda dalam memastikan kemaslahatan dan keselamatan para penonton lain sangat dihargai," menurut kenyataan tersebut.

Pihak penganjur menambah, para penonton juga digalakkan untuk sampai di tempat acara sejam awal sebelum bermulanya konsert pada 8.00 malam.

BUKAN HANYA LEFTHANDED X RAMLI SARIP TERJEJAS

Selain kumpulan Lefthanded dan Ramli Sarip, terdapat nama-nama besar rok lain yang bakal mengadakan konsert bulan ini yang sedikit sebanyak terjejas oleh kebimbangan berhubung penularan COVID-19.

Kumpulan rok legenda Scorpions dan Whitesnake pada awalnya dijadual mengadakan konsert sempena Singapore Rockfest II di Fort Canning Park pada 4 Mac.

Namun tarikhnya ditunda sehari ke 5 Mac manakala tempatnya pula dipindahkan ke Star Theatre.

Kumpulan Scorpions kali terakhir membuat persembahan di S'pura pada 2016 (Gambar: LAMC Productions)

(Gambar: LAMC Productions)

Penganjur acara LAMC, memuat naik makluman pada Khamis (20 Feb) mengenai langkah pemeriksaan kesihatan yang bakal dilaksanakan di Star Theatre pada hari acara tersebut, termasuk imbasan suhu badan dan pembersihan yang lebih kerap di kawasan acara.

Setakat ini belum ada perubahan diumumkan bagi bahagian kedua Singapore Rockfest yang bakal menampilkan kumpulan 'metal' Slipknot dan Trivium pada 24 Mac di Fort Canning Park.

Konsert Lefthanded dan Ramli Sarip pada 7 Mac nanti dianjurkan sempena ulang tahun ke-40 kumpulan 'rok kapak' dari Malaysia itu.

Dalam wawancara sebelum ini, OG Offgrid Projects memberitahu BERITA Mediacorp Panggung Capitol boleh menempatkan 1,300 penonton bagi konsert tersebut. Tiket dijual bermula pada harga S$88.

Semakan BERITA ke atas laman penganjur pada Khamis malam mendapati kesemua tiket kategori S$88 sudah habis dijual. Laman tersebut mengumumkan tinggal lagi 260 tiket yang belum terjual. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan