Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert kugiran Green Day di S'pura dibatalkan angkara COVID-19

Konsert kugiran Green Day yang dijadual berlangsung di Singapura dibatalkan disebabkan oleh keadaan semasa COVID-19 dan sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan, umum penganjur konsert tersebut pada Jumaat (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert kugiran Green Day di S'pura dibatalkan angkara COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2021 11:48AM Dikemas Kini : 15 Jan 2021 11:52AM

SINGAPURA: Konsert kugiran Green Day yang dijadual berlangsung di Singapura dibatalkan disebabkan oleh keadaan semasa COVID-19 dan sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan, umum penganjur konsert tersebut pada Jumaat (15 Jan).

Kugiran dari Amerika Syarikat itu dijadual membuat persembahan di Singapura pada 1 April setelah konsert tersebut ditangguhkan dari tarikh asalnya iaitu 8 Mac pada tahun lalu.

"Kugiran itu ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas kesabaran dan pemahaman anda dan mereka berharap dapat mengadakan persembahan di Singapura pada masa akan datang," dedah penganjur konsert Lushington Entertainments pada Jumaat.

Para pelanggan yang sudah membeli tiket akan mendapat bayaran balik sepenuhnya dari Ticketmaster, yang dahulunya dikenali sebagai APACTix, menurut syarikat tersebut.

Bagi mereka yang sudah membeli tiket menggunakan kad kredit, bayaran balik akan dikreditkan secara automatik ke dalam kad sama yang digunakan bagi urus niaga tersebut. Bayaran balik melalui kad kredit biasanya mengambil masa selama sebulan untuk diproses.

Para pelanggan yang membeli tiket menggunakan wang tunai atau NETS akan dihubungi oleh Ticketmaster bagi mendapatkan bayaran balik masing-masing.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bayaran balik, para pelanggan boleh melungsuri laman www.ticketmaster.sg, menghubungi +65 3158 8588 atau menghantar emel kepada enquiry [at] ticketmaster.sg.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan