Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Konsert Ed Sheeran di Hong Kong dibatalkan kerana ribut kilat

Konsert penyanyi-penulis lagu Ed Sheeran dibatalkan pada Khamis (18 Apr) akibat ribut kilat.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsert Ed Sheeran di Hong Kong dibatalkan kerana ribut kilat

Konsert penyanyi-penulis lagu Ed Sheeran dibatalkan akibat ribut kilat. (Gambar: Fuzzmm/Twitter)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 09:58AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 10:09AM

HONG KONG: Konsert penyanyi-penulis lagu Ed Sheeran dibatalkan pada Khamis (18 Apr) akibat ribut kilat.

Penyanyi berusia 28 tahun itu memohon maaf kepada para peminatnya di Instagram setelah konsert itu yang dijadual berlangsung di Fantasy Road Outdoor Venue Hong Kong Disneyland dibatalkan.

"Saya benar-benar minta maaf kerana membuang masa anda," katanya. "Saya mohon maaf kerana ramai yang sudah menunggu meskipun hujan sekali gus basah dan tidak dapat menyaksikan konsert.

"Ia tiada kena mengena dengan saya," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa beliau dan krunya sudah membuat persediaan apabila mereka diberitahu mengenai ribut kilat itu. Mereka diberitahu untuk menunggu, tetapi konsert itu kemudian dibatalkan secara rasmi.

Menurut Sheeran, para peminat akan diberi bayaran balik.

Sebelum konsert itu dibatalkan, penganjur konsert tersebut AEG Presents Asia memuat naik satu catatan ke laman Facebook yang menyatakan bahawa konsert itu "ditangguh buat sementara".

Ini kali kedua konsert Sheeran dibatalkan di Hong Kong. Beliau terpaksa membatalkan konsert di Hong Kong pada 2017 setelah terlibat dalam satu kemalangan basikal. Percubaan untuk menjadualkan semula konsert itu pada April tahun lalu gagal dilaksanakan disebabkan oleh "jadual yang bercanggah dan pilihan lokasi yang terhad".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan