Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Konduktor muzik Adrian Tan meninggal dunia akibat serangan jantung

Konduktor muzik Adrian Tan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Isnin (12 Jul) ketika sedang tidur di rumahnya. Mendiang berusia 44 tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Konduktor muzik Adrian Tan meninggal dunia akibat serangan jantung

Konduktor muzik Adrian Tan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Jul 2021. (Gambar: Adrian Tan/Facebook)

Diterbitkan : 14 Jul 2021 09:26AM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 09:28AM

SINGAPURA: Konduktor muzik Adrian Tan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Isnin (12 Jul) ketika sedang tidur di rumahnya. Mendiang berusia 44 tahun.

Terkejut mendengar khabar pemergian beliau yang tidak disangka-sangka, sahabat handai dan rakan-rakan sekerja mengingati Tan sebagai seorang konduktor berbakat serta sangat berdedikasi kepada arena muzik tanah air.

“Keluarga pengarah muzik itu bukanlah sebuah keluarga yang amat besar dan kami sangat merasai kehilangannya. Beliau seorang yang sangat bekerjasama," kata ahli muzik jazz Jeremy Monteiro.

Tan adalah lulusan dari jurusan pengajian teater di Universiti Nasional Singapura (NUS) sebelum beliau dianugerahi biasiswa luar negara oleh Majlis Kesenian Kebangsaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Possiswazah.

Setelah lulus dengan Sarjana Pengajian Muzik (Konduktor Muzik) dari Konservatori Muzik Sydney, di mana beliau berlatih di bawah konduktor kelahiran Hungary, Imre Pallo, Tan memegang beberapa jawatan pengarah dalam pelbagai orkestra muzik di Asia-Pasifik.

Sejak 2012, beliau berkhidmat selaku pengarah muzik Singapore Wind Symphony dan Braddell Heights Symphony Orchestra di Singapura.

Bercakap kepada Mediacorp, beberapa rakan Tan mengingati beliau atas dedikasinya kepada karya seninya serta perjuangannya bagi para penggubah lagu atau konduktor Singapura.

Encik Johan Ezran, pengerusi lembaga pengarah Singapore Wind Symphony, berkata banyak gubahan dan susunan lagu yang dicipta oleh pemuzik tempatan adalah hasil usaha mendiang dalam mempromosikan muzik serta bakat rakyat Singapura.

"Di bawah kepimpinannya, SWS (Singapore Wind Symphony) sudah mengeluarkan lebih 100 karya tempatan, bekerjsama dengan ramai artis Singapura serta antarabangsa. Bahkan mempersembahkan muzik serta bakat tempatan di persada antarabangsa di bawah arahan muziknya yang unggul," ujar Encik Ezran.

Encik Terence Ho, mantan Anggota Parlimen Dilantik dan kini pengarah eksekutif Orkestra Cina Singapura, berkata Tan akan selalu mendengar ucapan beliau di Parlimen. Mendiang akan menghubungi beliau untuk berbincang tentang apa lagi yang boleh dilakukan untuk masyarakat seni.

"Saya rasa tujuan beliau adalah untuk melibatkan lebih ramai orang dan itu satu perkara baik tentang dirinya. Ia adalah tentang semangat masyarakat," kata Encik Ho.

The Straits Times melaporkan bahawa Tan meninggalkan ibu beliau, yang menetap bersamanya.  

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan