Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Koleksi tudung Superman, Batman, Wonder Woman jadi popular

Anda masih belum ada idea tudung apa yang mahu dipakai Hari Raya ini?

Anggaran Waktu Membaca:
Koleksi tudung Superman, Batman, Wonder Woman jadi popular

Gambar: Fareedagroups/Instagram

Diterbitkan : 22 May 2018 03:14PM Dikemas Kini : 22 May 2018 03:21PM

ASTRO AWANI: Anda masih belum ada idea tudung apa yang mahu dipakai Hari Raya ini?

Apa kata anda cuba tudung yang unik dan tersendiri. Ia pasti menambat hati lebih-lebih lagi sekiranya anda peminat adiwira DC Comics.

Baru-baru ini, pelopor syarikat tudung popular, Fareeda, mengeluarkan koleksi hijab hasil kerjasama dengan DC Comics Super Heroes, lapor Astro AWANI.

Pengasas Fareeda, Cik Mawar Karim memaklumkan menerusi akaun media sosial Instagramnya bahawa koleksi tiga rekaan tudung terbarunya itu terdiri daripada adiwira Batman, Superman dan Wonder Woman.

Koleksi 3 Super Hero itu boleh didapati bermula 17 Mei hingga 13 Jun 2018 di Johor Bahru City Square, Johor Bahru, Johor.

Netizen menerusi akaun Instagram dan Facebook rasmi Fareeda memuji kreativiti hijab yang dihiasi batu jemeki mengikut lambang adiwira pujaan ramai itu.

Malah, ada yang teruja dan sudah tidak sabar untuk memiliki hijab 3 Super Hero itu, lapor Astro AWANI. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan