Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kit Kat lancar beberapa perisa berinspirasikan cita rasa rakyat M'sia sempena Merdeka

Jenama coklat Kit Kat melancarkan beberapa perisa baru yang diinspirasikan daripada hidangan sarapan di Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kit Kat lancar beberapa perisa berinspirasikan cita rasa rakyat M'sia sempena Merdeka
Diterbitkan : 14 Sep 2019 08:49AM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 08:51AM

PETALING JAYA: Jenama coklat Kit Kat melancarkan beberapa perisa baru yang diinspirasikan daripada hidangan sarapan di Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Kit Kat Chocolatory memperkenalkan perisa seperti Kit Kat Roti Canai dan Kari, Kopi dan Kaya, Nasi Lemak serta Cendol Durian.

Kit Kat edisi terhad ini dijual di Sunway Pyramid di Malaysia sehingga 6 Oktober ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Konfeksi, ASEAN, Nestlé (Malaysia) Berhad, Sachin Goel berkata Kit Kat mahu mencipta sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan sebelum ini sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

KITKAT Chocolatory turut memperkenalkan pelbagai perisa lain seperti Onde-Onde, Rose Bandung, Apam Balik and Ais Kacang dan pelbagai perisa inspirasi daripada kuih bulan seperti Kacang Merah, Pandan, Telur Masin, Tiramisu and Snowskin Durian.

Pada April lalu, Kit Kat juga mengeluarkan perisa-perisa terhad yang diinspirasikan oleh sajian tempatan Singapura seperti 'Chilli Crab', 'Salted Egg Yolk' dan 'Sarapan Kopitiam'.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan