Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Khai Bahar rasa malu lihat lakonan sendiri

Penyanyi dan pelakon Malaysia, Khai Bahar, kini sekali lagi ke lokasi penggambaran semasa melakonkan drama kedua Kisah Cinta Rumi.

Anggaran Waktu Membaca:
Khai Bahar rasa malu lihat lakonan sendiri

Penyanyi, Pelakon Khai Bahar. (Gambar: Khai Bahar Official/Facebook)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 07:36PM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 07:40PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Malaysia, Khai Bahar, kini sekali lagi ke lokasi penggambaran semasa melakonkan drama kedua Kisah Cinta Rumi.

Sebelum ini, penyanyi lagu Luluh itu, pernah membintangi drama Satukan Rasa dan digandingkan dengan penyanyi Siti Nordiana.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin mengakui bahawa beliau berasa malu melihat lakonannya sendiri, yang sebelum ini disifatkan sebagai tiada jiwa, dalam drama pertamanya.

"Namun, situasi pandemik COVID-19 memerlukan saya mencari ruang dan peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya tidak boleh mengharapkan dunia nyanyian lagi," kata beliau seperti yang dipetik Berita Harian Malaysia.

"Mungkin inilah masa terbaik untuk menggali bakat lakonan. Pada masa yang sama, saya juga diberi peluang menyanyikan lagu runut bunyi drama Kisah Cinta Rumi.

"Saya akui, jiwa saya lebih ke arah nyanyian. Walaupun ramai peminat menyokong dan suka melihat saya berlakon, tetapi saya tidak boleh cepat selesa dengan apa yang ada," katanya lagi kepada BH Malaysia Online.

Khai yang pernah menjulang anugerah Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH sebanyak tiga kali itu berkata beliau memegang watak Mika dalam drama sebanyak 13 episod itu.

"Mika, seorang seorang peragut yang sanggup melakukan kerja tidak baik demi menyara ayahnya.

"Saya sudah memulakan penggambaran sejak awal bulan selama sebulan. Saya melakukan ujian calitan tiga hari sebelum penggambaran bermula. Alhamdulillah, keputusannya negatif," katanya, menurut laporan BH Malaysia Online.

Mengulas lagu runut bunyi berjudul Hilang Gelita, Khai berkata, beliau menggunakan khidmat pengurus Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak sebagai penulis lirik.

"Lagu berkonsep balada ini ciptaan saya. Ia sudah dirakamkan pada 9 Februari lalu.

"Insya-Allah, saya akan merakamkan album mini bergenre ketuhanan dengan memuatkan lima lagu, tidak lama lagi. Ia akan dilancarkan pada bulan Ramadan nanti," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan