Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kesatuan sekerja Hollywood meterai persetujuan dengan studio, sambung penggambaran di bawah protokol COVID-19

Kesatuan-kesatuan sekerja Hollywood mencapai persetujuan dengan studio-studio utama mengenai protokol untuk membolehkan industri film Barat itu memulakan kembali kerja penerbitan dengan selamat dalam suasana pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesatuan sekerja Hollywood meterai persetujuan dengan studio, sambung penggambaran di bawah protokol COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 22 Sep 2020 07:37PM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 07:39PM

LOS ANGELES: Kesatuan-kesatuan sekerja Hollywood mencapai persetujuan dengan studio-studio utama mengenai protokol untuk membolehkan industri film Barat itu memulakan kembali kerja penerbitan dengan selamat dalam suasana pandemik COVID-19.

Protokol kesihatan itu termasuk mewajibkan setiap anggota pelakon dan kru menjalani ujian wajib COVID-19 sebelum hari pertama mereka kembali bekerja.

Mereka juga akan menjalani protokol diuji secara kerap sepanjang kerja penerbitan.

Para pekerja yang diarah menjalani kuarantin atau mengasingkan diri atas permintaan majikan atau diwajibkan undang-undang tempatan akan menerima gaji kuarantin.

Studio-studio utama di Hollywood sudah pun memulakan kembali beberapa siri rancangan TV dan penggambaran filem dengan melakukan rundingan berasingan berdasarkan projek. 

Sumber : Agensi berita/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan