Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Keputusan Disney tutup saluran sukan, filem satu tamparan hebat terhadap pengendali TV berbayar S'pura

Keputusan Disney untuk menutup beberapa saluran sukan dan filem di Asia Tenggara adalah satu tamparan hebat terhadap para pengendali televisyen berbayar di Singapura, menurut para penganalisis.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan Disney tutup saluran sukan, filem satu tamparan hebat terhadap pengendali TV berbayar S'pura

(Gambar: AFP, Reuters)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 11:07AM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 11:15AM

SINGAPURA: Keputusan Disney untuk menutup beberapa saluran sukan dan filem di Asia Tenggara adalah satu tamparan hebat terhadap para pengendali televisyen berbayar di Singapura, menurut para penganalisis.

Dengan langkah Disney itu, ia turut bermakna bahawa langganan TV berbayar bagi StarHub dan Singtel besar kemungkinan akan terus merosot, kerana lebih banyak kandungan beralih ke khidmat penstriman seperti Netflix dan Disney+, menurut para penganalisis.

Sungguhpun demikian, ini tidak bermakna khidmat TV berbayar terkubur di Singapura, menurut para penganalisis, yang turut menarik perhatian bahawa syarikat-syarikat telko boleh mengubah suai model perniagaan masing-masing untuk bersaing dengan khidmat-khidmat penstriman, walaupun mengalami kesulitan untuk berbuat demikian.

Walt Disney Company memberitahu Mediacorp pada Selasa (27 Apr) bahawa ia sedang menyatukan perniagaan rangkaian medianya sebagai sebahagian daripada usaha global yang "lebih menjurus kepada model terus ke pengguna dan mengembangkan" khidmat penstrimannya.

Saluran-saluran yang dijangka akan ditutup termasuk Fox, Fox Crime, Fox Life dan FX; saluran-saluran filem Fox Action Movies, Fox Family Movies, Fox Movies dan Star Movies China. Saluran-saluran sukan Fox Sports, Fox Sports 2, Fox Sports 3, Star Sports 1 dan Star Sports 2 juga akan ditutup.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan