Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Kepala rasa nak pecah, ada ketulan darah beku' - Saleem masuk hospital

Keadaan penyanyi, Saleem, 56 tahun, kini dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit kepala kronik.

Anggaran Waktu Membaca:
'Kepala rasa nak pecah, ada ketulan darah beku' - Saleem masuk hospital

Gambar: Astroawani

Diterbitkan : 25 Feb 2018 02:22PM Dikemas Kini : 25 Feb 2018 02:43PM

KUALA LUMPUR: Keadaan penyanyi, Saleem, 56 tahun, kini dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit kepala kronik, menurut laporan Astro Awani.

Saleem menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),sejak Rabu lalu (21 Feb).

Menurut Saleem, beliau tidak berniat untuk menyembunyikan kesakitan yang dialami kerana menganggap ia hanya sakit kepala biasa akibat tidak cukup rehat.

"Saya akui terlalu sibuk dengan undangan persembahan dan kerap berulang-alik ke Sabah, sejak akhir-akhir ini.

“Saya baru saja pulang ke ibu kota selepas hampir dua minggu mengikuti siri jelajah ke kawasan pedalaman di Sabah. Ia antara punca saya kurang rehat.

"Pada mulanya saya tidak menghiraukan sakit kepala ini, biarpun seumur hidup tidak pernah mengalami kesakitan sebegini. Kepala saya rasa macam hendak pecah.

"Bagaimanapun, isteri berasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila saya hampir kemalangan ketika memandu kereta.

“Lebih menambah kerisauan apabila dia melihat keadaan saya seperti lemah dan tidak bermaya ketika itu," katanya kepada BH Online.

Tambah Saleem lagi, tindakan pantas isterinya Juriah @ Julia Bachok menghantarnya ke hospital menyelamatkan dirinya.

"Pemeriksaan doktor mendapati ada ketulan darah beku di kepala kerana kekurangan oksigen," katanya.

Penyanyi kelahiran Setiu, Terengganu itu akui terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor mengenai keadaannya.

"Saya takut jika ada ketumbuhan, kanser atau penyakit kronik lain. Bagaimanapun, ketulan darah beku itu timbul kerana kekurangan oksigen.

“Alhamdulillah, saya kini berasa lebih sihat dan tidak lagi sakit selepas diberikan oksigen serta ubat.

"Doktor turut menasihatkan saya berehat di hospital dulu supaya badan benar-benar mendapat oksigen mencukupi," katanya yang akan kembali sibuk dengan siri jelajah di Sabah selama sebulan, April depan, menurut laporan Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan