Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kelab peminat Michael Jackson saman 2 lelaki cemarkan nama baik mendiang

Kelab peminat Michael Jackson akan mengambil tindakan undang-undang ke atas dua mangsa yang mendakwa didera secara seksual oleh Raja Pop itu menerusi satu pendedahan dalam dokumentari di HBO, bertajuk ‘Leaving Neverland’.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab peminat Michael Jackson saman 2 lelaki cemarkan nama baik mendiang

(Gambar: Michael Jackson/Facebook)

Diterbitkan : 03 Jul 2019 10:13PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 10:20PM

ORLEANS (PERANCIS): Kelab peminat Michael Jackson akan mengambil tindakan undang-undang ke atas dua mangsa yang mendakwa didera secara seksual oleh Raja Pop itu menerusi satu pendedahan dalam dokumentari di HBO, bertajuk ‘Leaving Neverland’.

Sesi pendengaran akan diadakan Khamis ini (4 Jul)bertempat di mahkamah utara bandar Orleans dalam prosiding membabitkan kumpulan Michael Jackson Community, MJ Street dan On The Line. Ketiga-tiga kumpulan itu mengambil keputusan memfailkan saman ke atas James Safechuck, 41 tahun dan Wade Robson, 36 tahun atas tuduhan mencemarkan nama baik mendiang Jackson.

Dokumentari selama empat jam di HBO itu memfokus kepada keterangan oleh Safechuck dan Robson, yang mendakwa dicabul Raja Pop tersebut sewaktu berada di rumah beliau, 'Neverland Ranch' di California.

Filem dua bahagian yang diterbitkan Mac lalu memecah rekod tayangan dan mendorong keluarga Jackson untuk memfailkan saman berjumlah 88 juta Euro (S$135 juta).

Peguam yang mewakili kumpulan peminat berkenaan, Emmanuel Ludot menyifatkan dakwaan dua lelaki terbabit sebagai "amat serius" dan menyamakan tindakan mereka dengan percubaan "menghukum tanpa keadilan" ke atas Jackson, yang meninggal dunia pada 2009.

Di bawah undang-undang Perancis, menjatuhkan imej individu yang sudah meninggal dunia adalah satu kesalahan. Ini tidak seperti di Britain mahupun Amerika Syarikat (AS) di mana undang-undang fitnah tidak menawarkan perlindungan sedemikian.

Encik Ludot sebelum ini memfailkan tindakan undang-undang ke atas doktor Michael Jackson, Conrad Murray kerana mengakibatkan kesedihan yang teramat ke atas peminat penyanyi itu apabila memberi dadah kepada bintang pop legenda Amerika Syarikat tersebut hingga meragut nyawanya.

Beberapa stesen radio dari Australia hingga Kanada menghentikan penyiaran lagu Michael Jackson selepas dokumentari tersebut ditayangkan dan pencipta animasi The Simpsons turut menghapuskan satu episod siri klasik itu kerana menggunakan suara mendiang.

Michael Jackson meninggal dunia ketika berusia 50 tahun akibat pengambilan ubat bius berlebihan sewaktu berada di bawah jagaan Murray untuk sesi raptai di Los Angeles, sebagai persediaan bagi konsert yang sepatutnya diadakan di London.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan