Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kehilangan Anita Sarawak kekal tanda tanya

Ramai yang masih lagi disulami dengan tanda tanya tentang keadaan penyanyi kelahiran Singapura, Anita Serawak, atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib.

Anggaran Waktu Membaca:
Kehilangan Anita Sarawak kekal tanda tanya

Anita Sarawak. (Gambar: Anita Sarawak/Facebook)

Diterbitkan : 07 Aug 2019 06:05PM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 06:06PM

LOS ANGELES: Ramai yang masih lagi disulami dengan tanda tanya tentang keadaan penyanyi kelahiran Singapura, Anita Serawak, atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib.

Ada yang mengatakan beliau tidak mahu diganggu dan ada juga desas-desus mengatakan beliau mengalami sakit teruk. Malah ada juga yang mengatakan bahawa beliau sudah bercerai dengan suaminya yang keempat, Martin Cox atau Mohammad Mahathir Abdullah.

Namun menurut laporan Berita Harian Malaysia, yang bertemu dengan salah seorang jiran Anita Sarawak di Los Angeles baru-baru ini, penyanyi yang dipanggil ramai sebagai 'Kak Nita' itu "berada dalam keadaan sihat."

Malah, jirannya yang ditemui oleh wartawan akhbar itu berkata, Anita Sarawak tidak menunjukkan tanda sakit, sebaliknya, menjalani kehidupan biasa sama seperti jiran tetangga lain.

Anita yang difahamkam berpindah ke kawasan itu pada 2017, disifatkan oleh jirannya sebagai seorang yang sangat peramah, baik hati dan mudah mesra.

Temu bual bersama jirannya diadakan selepas wartawan BH Online mengesahkan Anita tidak ada di rumah.

“Setahu saya, Anita tidak lagi bekerja dan banyak menghabiskan masa di rumah. Suaminya pula, masih mengendalikan urusan jual beli hartanah.

“Kami jarang berjumpa disebabkan sibuk dengan urusan masing-masing, tetapi selalu bertegur sapa jika bertembung.

“Kami juga kerap berbual menerusi telefon,” dakwanya.

Berdasarkan panggilan telefon jirannya itu bersama Anita di saat lawatan wartawan itu di hadapan rumahnya, Anita menyatakan bahawa dia sudah berpindah ke kediaman baharu, tetapi terlupa untuk memberitahu jirannya itu.

Daripada apa yang dikatakan jirannya, Anita berada dalam keadaan sihat dan masih bahagia bersama suaminya. 

Sumber : Agensi berita/UR
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan