Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kehadiran Dr Mahathir dalam wacana yang mengkritiknya cuit hati para artis

Tindakan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kejutan dengan menghadiri Wacana Sinar Harian bertajuk "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?" di Shah Alam, kelmarin (22 Mac) mencuri tumpuan para artis.

Anggaran Waktu Membaca:
Kehadiran Dr Mahathir dalam wacana yang mengkritiknya cuit hati para artis

Dr Mahathir muat naik gambar ini di mana beliau duduk di barisan depan wacana itu. (Gambar: Dr Mahathir Mohamad/ Twitter)

Diterbitkan : 24 Mar 2018 01:35PM Dikemas Kini : 24 Mar 2018 01:49PM

KUALA LUMPUR: Tindakan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kejutan dengan menghadiri Wacana Sinar Harian bertajuk "Apakah Tun M terlalu tua untuk jadi PM?" di Shah Alam, kelmarin (22 Mac) mencuri tumpuan para artis.

Antaranya, termasuk Datuk Afdlin Shauki.

Dalam catatan ringkasnya di media sosial, penerbit itu jelas tidak dapat menahan perasaan lucunya melihat gambar Dr Mahathir berdiri sambil melirik ke arah seorang pensyarah yang sebelum itu mengkritiknya.

Menurut laporan Malaysiakini, pensyarah berkenaan adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff.

Afdlin yang juga seorang pengarah filem dan pelawak mengakui beliau sendiri tidak mampu mencipta komedi selucu itu.

Hahahahaha.... Alas.... i cannot write this kind of comedy!. Truly epic.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan