Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Karnival Upin Ipin 2019 akan diadakan di Melaka mulai 29 Nov

Kira-kira 300,000 pengunjung dijangka menghadiri Karnival Upin Ipin 2019 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh dari 29 November hingga 1 Disember ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Karnival Upin Ipin 2019 akan diadakan di Melaka mulai 29 Nov

(Gambar: Ava360Malay)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 10:59PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 11:02PM

MELAKA: Kira-kira 300,000 pengunjung dijangka menghadiri Karnival Upin Ipin 2019 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh dari 29 November hingga 1 Disember ini.

Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd Burhanuddin Md Radzi berkata, karnival keluarga terbesar itu pertama kali diadakan di luar Lembah Klang.

Selain itu, ia turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2019.

Menurutnya, sasaran itu dijangka mampu dicapai berdasarkan tarikan utama penampilan watak Upin dan Ipin yang mempunyai peminat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat selain menarik para pengunjung dari selatan tanah air antaranya Johor, termasuk Melaka dan Negeri Sembilan serta para peminat Singapura dan Indonesia.

"Setiap tahun pada penganjuran karnival ini ia akan membawa keunikan dan kelainan tersendiri. Pada kali ini tarikan utama ialah Dewan Inderaloka yang merupakan 'Kerajaan Fantasi' dalam filem pecah panggung 'Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal'.

"Pengunjung berpeluang mengalami dan melihat pengembaraan animasi Upin, Ipin dan kawan-kawan di Pelabuhan Megah dan Pulau Angan Makanan yang turut menampilkan watak-watak dongeng seperti Mat Jenin, Raja Bersiong dan Nakhoda Ragam," katanya.

Burhanuddin berkata pengunjung juga boleh menyaksikan pertunjukan pentas bertemakan siri-siri fenomena keluaran Les' Copaque Production yang melibatkan 20 maskot dalam pelbagai pertunjukan seperti 'Upin Ipin', 'Pada Zaman Dahulu', dan 'Puteri'. 

Tiket boleh didapati di https://karnivalupinipin.com.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan