Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Kaki mula bengkak: Peminat jangka Siti Nurhaliza bersalin tidak lama lagi

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perkembangan terbaru mengenai dirinya di akaun peribadi Instagram (IG) yang menunjukkan kakinya membengkak.

Anggaran Waktu Membaca:
Kaki mula bengkak: Peminat jangka Siti Nurhaliza bersalin tidak lama lagi

Gambar: Siti Nurhaliza/Facebook

Diterbitkan : 19 Feb 2018 02:42PM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 02:56PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perkembangan terbaru mengenai dirinya di akaun peribadi Instagram (IG) yang menunjukkan kakinya membengkak.

Siti Nurhaliza menulis catatan di laman Instagram bahawa beliau yang kini hamil dalam trimester ketiga lebih selesa memakai selipar suaminya kerana keadaan kakinya itu.

Perkongsian itu, seperti ditukil Astro Awani, mendapat perhatian daripada peminatnya yang rata-rata memberitahu ia petanda Siti Nurhaliza bakal bersalin tidak lama lagi.

Astro Awani juga melaporkan ada peminat yang turut memberi tip untuk mengurangkan bengkak di kaki ketika hamil.

Rata-rata peminat juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin penyanyi "Aku Cinta Pada Mu" itu dipermudahkan.

Menurut Astro Awani, Siti sebelum ini memaklumkan beliau bakal melahirkan puteri sulungnya itu pada Mac ini.

Sumber : Agensi berita/IM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan