Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida lancar lagu sempena Piala Dunia

Jutawan kosmetik terkemuka Malaysia Datuk Seri Vida (DSV) berharap lagu terbarunya, Lavida Go Bola diterima baik bukan saja dalam kalangan peminat tempatan malah di peringkat antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida lancar lagu sempena Piala Dunia
Diterbitkan : 22 Jun 2018 10:40PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 10:48PM

IPOH: Jutawan kosmetik terkemuka Malaysia Datuk Seri Vida (DSV) berharap lagu terbarunya, Lavida Go Bola diterima baik bukan saja dalam kalangan peminat tempatan malah di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga dikenali sebagai DSV berkata, lagu tersebut yang siap sepenuhnya seminggu sebelum Syawal itu dibuat bagi memeriahkan lagi suasana sempena Piala Dunia FIFA 2018.

Katanya, rakaman muzik video lagu tersebut dijalankan di sekitar Ipoh dan Stadium Perak, lapor Utusan Online.

"Sempena musim Piala Dunia ini, saya mahukan lagu yang rancak, ceria dan segar yang dapat membuatkan peminat tegar bola sepak merasai semangat dan kehangatan sepanjang perlawanan itu berlangsung.

"Dari segi pembikinan muzik video pula, ia turut menampilkan Cik B dan Kacak serta gerak tari yang pasti menarik perhatian ramai," katanya di sidang media.

Utusan Online melaporkan, menurut beliau, gerak tari untuk lagu tersebut diciptanya sendiri sambil dibantu dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak serta rakan lain.

"Walaupun saya bukan penari mahupun penyanyi tetapi saya berusaha untuk memberikan yang terbaik supaya semua yang mendengar dan menonton muzik video lagu ini suka dan gembira.

"Saya mahu dalam tempoh lebih kurang empat minit, mereka 'enjoy'. Sebab itu saya mahukan konsep ceria dan berwarna-warni dalam muzik video ini," katanya yang memberitahu kos penghasilan muzik video itu kurang RM100,000 (S$33,924).

Muzik video lagu ciptaan Cat Farish, Illegal dan Mimy Fly serta lirik ditulis Cat Farish, Mimi Fly dan Mohd. Hilmi itu boleh ditonton menerusi laman YouTube.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan