Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Justin Bieber dilaporkan dapat bantuan bagi 'masalah kesihatan mental'

Justin Bieber menghadapi masa sukar dalam hidupnya namun beliau sedang mendapatkan pertolongan yang diperlukan, menurut sumber-sumber. 

Anggaran Waktu Membaca:
Justin Bieber dilaporkan dapat bantuan bagi 'masalah kesihatan mental'

Justin Bieber. (Gambar: AFP/Theo Wargo)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 02:32PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 02:35PM

LOS ANGELES: Justin Bieber menghadapi masa sukar dalam hidupnya namun beliau sedang mendapatkan pertolongan yang diperlukan, menurut sumber-sumber.

Satu sumber memaklumkan laman berita selebriti E! News bahawa penyanyi berusia 24 tahun itu sedang "bergelut dengan kemurungan dan menghadapi masa yang sukar".

"Beliau benar-benar ingin pulih," menurut sumber dalaman. "Beliau sudah berusaha mendapatkan pertolongan."

Satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu memberi pengesahan kepada laman berita selebriti People bahawa Justin Bieber sedang menerima kaunseling. Seorang jurucakap bagi penyanyi itu tidak memberi respons apabila diminta People untuk mengulas.

Satu lagi sumber yang mengenali Justin Bieber mamaklumkan People bahawa penyanyi itu "terlalu emosi dan bergelut dengan idea populariti".

"Beliau menunjukkan emosi dan bergelut dengan idea popularit - diekori peminatnya, kamera-kamera di sekelilingnya. Ia membuatnya marah dan seringkali berasa seperti semua orang ingin mengambil kesempatan terhadapnya," menurut sumber itu lagi.

Justin Bieber mendedahkan mengenai masalah kesihatan mentalnya dalam satu wawancara bersama Vogue minggu lalu, di samping isterinya Hailey Baldwin. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan