Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jon Bon Jovi positif COVID-19, terpaksa batalkan konsert

Jon Bon Jovi disahkan positif COVID-19 semasa menjalani satu ujian pantas sebelum dijadual untuk mengadakan persembahan di Miami Beach.

Anggaran Waktu Membaca:
Jon Bon Jovi positif COVID-19, terpaksa batalkan konsert

Gambar Jon Bon Jovi semasa melakukan persembahan di New York pada 3 Jun 2021 (Gambar fail: Charles Sykes/Invision/AP)

Diterbitkan : 02 Nov 2021 09:03AM Dikemas Kini : 02 Nov 2021 09:06AM

MIAMI: Jon Bon Jovi disahkan positif COVID-19 semasa menjalani satu ujian pantas sebelum dijadual untuk mengadakan persembahan di Miami Beach.

Seorang juruhebah naik ke atas pentas untuk memaklumkan orang ramai khabar buruk itu sejurus sebelum konsert Sabtu malam (30 Okt) di Loews South Beach dijadual bermula, lapor WSVN di Miami.

Bon Jovi, 59 tahun, dan kugirannya menjalani ujian pantas tersebut sebelum konsert bermula dan Bon Jovi disahkan positif. Beliau sudah lengkap divaksin.

Para pemegang tiket dikehendaki menunjukkan bukti vaksinasi atau hasil ujian negatif untuk menonton konsert itu, yang merupakan daya tarikan utama pakej penginapan hotel tiga hari berharga ribuan dolar setiap seorang.

"Jon baik-baik saja," kata juruhebah itu kepada orang ramai, sambil menambah bahawa penyanyi Livin' On A Prayer itu akan berehat.

Bon Jovi juga dijadual akan mengadakan sesi Soal Jawab dan bergambar dengan peminat pada Sabtu malam itu.

Tiada maklumat sama ada konsert itu akan dijadualkan semula.

Bon Jovi bagaimanapun bukan satu-satunya penyanyi yang dijangkiti COVID-19 kebelakangan ini. Pemuzik British Ed Sheeran mengumumkan pada 24 Okt bahawa beliau disahkan positif dan akan melakukan persembahan serta temu bual dari rumah sambil mengasingkan diri.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan