John Legend jejaka paling seksi di dunia
Penyanyi dan pelakon, John Legend, 40 tahun, dinobat sebagai jejaka paling seksi di dunia oleh majalah People pada Selasa (12 Nov).
LONDON: Penyanyi dan pelakon, John Legend, 40 tahun, dinobat sebagai jejaka paling seksi di dunia oleh majalah People pada Selasa (12 Nov).
Legend yang juga bapa kepada dua orang anak, hasil perkongsian hidup bersama peragawati, Chrissy Teigen, adalah artis lelaki kulit hitam pertama, yang menerima Anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony (EGOT) atas sumbangannya di layar perak dan pentas.
“Saya berasa sangat teruja tetapi pada masa yang sama bimbang sedikit kerana ia memberi banyak tekanan.
“Semua orang sudah pasti akan ‘mengusik’ saya, untuk mengetahui sama ada saya benar-benar seksi untuk menyandang gelaran ini.
“Saya (bakal) dibandingkan dengan Idris Elba, jadi ia tidak adil dan sesuatu yang tidak elok bagi saya,” ujar Legend kepada majalah People.
Pelakon Britain, Idris Elba meraih gelaran itu pada tahun lalu.
Para pelakon dan penyanyi lain yang pernah menerima gelaran itu adalah Blake Shelton, Chris Hemsworth, Adam Levine, George Clooney dan Channing Tatum.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.