Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

John Cena sah sertai Fast & Furious 9

Bintang WWE dan pelakon John Cena mengesahkan akan berlakon dalam filem aksi kereta, ‘Fast & Furious 9’.

Anggaran Waktu Membaca:
John Cena sah sertai Fast & Furious 9

Bintang WWE John Cena bercakap semasa acara CinemaCon Paramount Pictures di Las Vegas, 4 April 2019. (Gambar: AFP/Valerie Macon)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 02:52PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 03:03PM

HOLLYWOOD: Bintang WWE dan pelakon John Cena mengesahkan akan berlakon dalam filem aksi kereta, ‘Fast & Furious 9’.

Laman berita Mirror Online melaporkan, Cena, 42 tahun, akan menyertai watak protagonis Vin Diesel dalam filem francais itu yang dijangka dikeluarkan di Britain pada Mei 2020.

Menulis di laman Twitter, Cena menyifatkan peluang untuk menyertai barisan pelakon francais filem itu sebagai suatu "penghargaan".

"Selama hampir 20 tahun, francais (filem Fast & Furious) sudah menghiburkan ramai peminat dan mencipta antara detik-detik filem penting dalam sejarah. Ia adalah satu penghargaan mengagumkan untuk menyertai francais dan keluarga ini," kata Cena dalam catatan Twitternya.

Berita baik itu disambut dengan ratusan komen positif daripada peminat filem dan Cena sendiri.

Setakat ini perincian mengenai watak yang bakal dimainkan Cena belum didedahkan, tetapi ia dijangka merupakan watak lelaki gagah perkasa yang lazim dimainkan dalam filem aksi, lapor Mirror Online.

Seteru gelanggang WWE dan bintang filem Dwayne 'The Rock' Johnson pula tampaknya tidak akan membuat penampilan dalam 'Fast & Furious 9' meskpun beliau berlakon dalam 'Fast & Furious Present: Hobbs & Shaw' yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Penggambaran filem arahan Justin Lin itu akan bermula tidak lama lagi dan dijangka ditayangkan di pawagam mulai 22 Mei 2020.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan