Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Joey Jordison, pengasas kumpulan 'metal' Slipknot, meninggal dunia pada usia 46

Bekas pemain dram dan pengasas bersama kumpulan metal Slipknot Joey Jordison, meninggal dunia pada pada Isnin (26 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Joey Jordison, pengasas kumpulan 'metal' Slipknot, meninggal dunia pada usia 46

Pengasas kumpulan Slipknot, Joey Jordison, semasa sidang media pada 25 Mei 2010 mengumumkan kematian pemain bass Paul Gray ((Gambar fail: AP Photo/Charlie Neibergall)

Diterbitkan : 28 Jul 2021 06:08PM Dikemas Kini : 28 Jul 2021 06:29PM

WASHINGTON: Bekas pemain dram dan pengasas bersama kumpulan metal Slipknot Joey Jordison, meninggal dunia pada pada Isnin (26 Jul).

Semasa kemuncak kumpulan muzik berpengaruh itu, mendiang yang berusia 46 tahun menulis bersama banyak daripada lagu paling popular kumpulan tersebut.

Berita tentang pemergiannya dikhabarkan keluarga beliau pada Selasa.

"Dengan amat dukacita kami menyampaikan berita bahawa Joey Jordison, pemain dram, pemuzik dan artis tersohor, meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya.

"Kematian Joey meninggalkan kekosongan dalam hati dan perasaan sedih yang tidak dapat digambarkan."

Punca kematian atau di mana beliau meninggal dunia tidak didedahkan dalam kenyataan itu.

Jordison, anak sulung tiga beradik, membesar di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat, dan mula bermain dram pada usia lapan tahun. Dia sudahpun dianggap sebagai veteran muzik metal di bandar itu apabila menubuhkan Slipknot pada 1995 bersama Shawn Crahan (percussion) dan Paul Gray (bass).

Slipknot dianggap sebagai salah satu kumpulan yang memastikan muzik 'hard rock' kekal diminati dan relevan dalam tahun-tahun lewat 1990-an dan awal 2000-an sementara kugiran-kugiran grunge pasang surut.

Kumpulan tersebut bekerjasama dengan penerbit tersohor Rick Rubin bagi album ketiga dan memenangi anugerah Grammy pertama mereka pada 2006.

Namun Jordison pernah diungkapkan sebagai berkata saat paling membanggakan buatnya adalah apabila dia diundi sebagai pemain dram terhebat dalam tempoh 25 tahun oleh pembaca majalah Rhythm pada 2010.

Jordison digugurkan daripada kumpulan itu pada 2013 kerana menghidap penyakit saraf transverse myelitis, yang menjejas keupayaannya bermain.

Ruang media sosial dipenuhi ucapan takziah dan penghormatan oleh artis-artis metal veteran dan baru seperti Metallica dan Trivium.

Kumpulan Slipknot dan beberapa anggota mereka seperti vokalis Corey Taylor dan Crahan memuat naik petak hitam di akaun mereka sebagai tanda berkabung susuli khabar pemergian Jordison.

Slipknot pernah membuat persembahan di Singapura pada 2005 di Fort Canning semasa konsert jelajah Subliminal Verses.

Mereka sepatutnya kembali menggegarkan Singapura pada Mac tahun lalu di acara Singapore Rockfest II, namun ia ditunda dek COVID-19. Tarikh terbaru bagi penampilan mereka di sini, serta di beberapa negara Asia Tenggara, belum diumumkan hingga kini.

Sumber : AP/AFP/BERITAmediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan