Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Joe Flizzow selamat bertunang, ke jinjang pelamin April 2020

Penyanyi rap yang juga pelopor muzik hip-hop Malaysia, Joe Flizzow, selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya bernama Marini Ramlan pada Sabtu (28 Dis). Pasangan itu bakal melangkah ke jinjang pelamin pada April tahun depan, lapor BH Online.

Anggaran Waktu Membaca:
Joe Flizzow selamat bertunang, ke jinjang pelamin April 2020

Joe Flizzow mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan. (Gambar: Didi Ramlan/Instagram)

Diterbitkan : 29 Dec 2019 07:58PM Dikemas Kini : 29 Dec 2019 08:01PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap yang juga pelopor muzik hip-hop Malaysia, Joe Flizzow,
selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya bernama Marini Ramlan pada Sabtu (28 Dis). Pasangan itu bakal melangkah ke jinjang pelamin pada April tahun depan, lapor BH Online.

Khabar angin gembira tersebut disahkan sendiri oleh ibu Joe, Cik Aishah Ali, yang turut memaklumkan bahawa majlis pertunangan pasangan berkenaan berlangsung di kediaman Marini di Petaling Jaya. Ia dihadiri lebih 50 ahli keluarga terdekat masing-masing.

Cik Aishah, yang juga bekas wartawan New Straits Times, berkongsi anak lelakinya mengenali Marini sejak 15 tahun lalu namun hanya mula menjalin hubungan serius pada 2016.

“Mengikut perancangan, mereka akan disatukan pada April depan. Doakan semoga segala urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan,” ujar Cik Aishah kepada BH Online.

Beliau menambah, Joe mempunyai misinya yang tersendiri dalam perjuangan seni lantas membuatkan beliau enggan terburu-buru memikirkan soal peribadi.

“Dia mahu kejar cita-citanya dahulu dan merealisasikan impiannya sebelum mengambil keputusan mendirikan rumahtangga.

“Joe pernah memberitahu, dia serius dalam perjuangan muziknya, malah ingin membawa bakatnya menembusi Amerika Syarikat biarpun ia tidak semudah disangka.

“Dia mencapai kemuncak dalam perjuangan seninya apabila dilantik sebagai Pengarah Urusan, Def Jam South East Asia,” Cik Aishah memberitahu BH Online.

Tunang Joe sebelum ini pernah menyandang jawatan selaku Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital, Primeworks Studios Sdn Bhd, namun kini memilih untuk bekerja sendiri.

Sementara itu, Joe pula mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai penyanyi tempatan pertama yang bernaung di bawah label rakaman Def Jam. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan