Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Joe Flizzow dinobatkan Penghibur Terbaik Asia Tenggara di EMA MTV

Kemenangan penyanyi rap Malaysia, Joe Flizzow bagi kategori Penghibur Terbaik Asia Tenggara bagi Anugerah Muzik Eropah (EMA) MTV 2018 membuktikan bahawa muzik bersifat sejagat dan bahasa bukan penghalang.

Anggaran Waktu Membaca:
Joe Flizzow dinobatkan Penghibur Terbaik Asia Tenggara di EMA MTV

Joe Flizzow. (Gambar: flizzow/Instagram)

Diterbitkan : 06 Nov 2018 03:41PM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 03:45PM

MALAYSIA: Kemenangan penyanyi rap Malaysia, Joe Flizzow bagi kategori Penghibur Terbaik Asia Tenggara bagi Anugerah Muzik Eropah (EMA) MTV 2018 membuktikan bahawa muzik bersifat sejagat dan bahasa bukan penghalang.

Astro Awani melaporkan bahawa penyanyi tersebut ingin menjadi inspirasi kepada para artis lain dan menekankan akan kepentingan untuk tidak mudah selesa dengan apa yang sudah dikecapi.

Beliau turut mengatakan bahawa identiti seorang penyanyi itu penting kerana ia menunjukkan keikhlasan sebagai seorang karyawan. Oleh demikian, beliau menekankan supaya sentiasa bersikap jujur dan mempunyai niat bernyanyi yang telus.

"Bagi saya, saya mengikut kehendak diri dan peminat...tapi paling penting sebagai penulis lagu, penggiat muzik dan pengkarya... kita kena jujur.

"Tidak boleh saya buat lagu ini kerana mahu lagu dimainkan di radio. Saya ada banyak lagu yang tidak dimainkan di radio di Malaysia. Tapi saya tak kisah, kena jalan terus dan percaya dengan apa yang kita sampaikan dan percaya kepada bunyi kita," kata Joe Flizzow.

Beliau turut menambah supaya tidak mudah berputus asa meskipun menghadapi cabaran seperti karya itu tidak diterima baik atau orang ramai belum dapat menghayatinya, lapor Astro Awani.

Menurut Astro Awani lagi, Joe menewaskan bintang Asia Tenggara lain seperti Afgan (Indonesia), IV of Spades (Filipina) dan The Sam Willows (Singapura) di majlis anugerah yang berlangsung di Sepanyol baru-baru ini. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan