Images

Jewel, Terminal 4 Lapangan Terbang Changi lokasi pilihan Star Awards 2021

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, acara Star Awards 2021 bakal diadakan di Jewel dan di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi.

Lebih menarik lagi, para selebriti tidak akan berjalan di permaidani merah tetapi di landasan penerbangan.
Acara tahunan itu lazimnya diadakan di Kampus Mediacorp.

Namun tahun lalu ia tidak dapat diadakan kerana pandemik COVID-19.

Ia diadakan semula tahun ini tetapi tanpa kehadiran penonton secara langsung.

Acara Star Awards tahun ini pada Ahad hadapan (18 Apr) bermula pada 3.30 petang.

Orang ramai dapat melihat kilasan apa yang berlaku di belakang tabir acara itu termasuk wawancara dengan para artis.

Bahagian itu hanya dapat disaksikan menerusi wadah meWATCH dan Youtube.

Liputan di Saluran 8 Mediacorp dan Channel U bermula pada 5.00 petang dengan satu segmen khas.

Para artis akan berjalan di landasan penerbangan dan di hadapan mercu tanda Rain Vortex dengan sebuah pesawat SIA A350-900 sebagai latar belakangnya.

- CNA/NZ/tq

Top