Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jenazah Pak Ngah tiba dari Batam

Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air, Encik Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, kira-kira 10.15 pagi tadi (26 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jenazah Pak Ngah tiba dari Batam

Pak Ngah Suhaimi. (Gambar: Pak Ngah Suhaimi/Facebook)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 04:08PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 10:48PM

JOHOR BAHRU: Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air, Encik Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, kira-kira 10.15 pagi tadi (26 Sep).

Jenazah dibawa dari Batam, Indonesia, melalui bot khas pada 8.00 pagi tadi (26 Sep) dan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum tiba di terminal feri berkenaan.

Jenazah Pak Ngah tiba dengan diiringi beberapa anggota imigresen dan keluarga terdekat termasuk isterinya Cik Sharifah Mahani Syed Kasim.

Menurut Encik Abdul Raziff Abdul Rani, beliau yang diwakilkan oleh keluarga Pak Ngah berkata, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas zohor.

Allahyarham yang difahamkan berkunjung ke Batam, Indonesia atas urusan kerja dan bercuti bersama keluarga, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, pada 3.15 petang, semalam (25 Sep).

Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Cik Sharifah Mahani, seorang anak lelaki dan perempuan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan