Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jatt, Hady menyerlah dalam konsert pertama peraduan Gegar Vaganza

Musim Keenam Gegar Vaganza (GV) membuka tirainya dengan persembahan-persembahan hebat oleh para penyanyi berpengalaman yang bertanding.

Anggaran Waktu Membaca:
Jatt, Hady menyerlah dalam konsert pertama peraduan Gegar Vaganza

Persembahan hebat para penyanyi buka tirai Gegar Veganza 6. (Gambar-gambar: Instagram)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 12:24PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 05:48PM

SHAH ALAM: Musim Keenam Gegar Vaganza (GV) membuka tirainya dengan persembahan-persembahan hebat oleh para penyanyi berpengalaman yang bertanding.

Bagi konsert minggu pertamanya yang bertemakan 'Lagu ke Artis?', 13 bintang berentap untuk membawakan lagu hits nyanyian asal mereka.

Vokalis tidak asing lagi dari kumpulan Black Dog Bone, Jatt Ali menjadi juara konsert pertama berdasarkan penilaian panel juri terdiri daripada Ramli M.S., Hetty Koes Endang dan Ella (juri jemputan).  

Menurut gempak.com, Jatt yang merupakan peserta paling mapan, mencatat markah tertinggi selepas persembahan beliau menyanyikan lagu Khayalan berjaya mencuri perhatian mereka.

"63 tahun tapi boleh nyanyi macam ni," kata Ramli M.S.

Sementara itu Hady Mirza dan Wann pula berkongsi markah seri.

Meskipun sudah lama tidak bernyanyi di pentas besar, Hady Mirza menyerlah dan bahkan mendapat pujian juri.

"Last chorus fantastic! Sangat tinggi dan susah nak nyanyi," kata Ramli M.S. tentang persembahan lagu Angkasa yang dinyanyikan oleh Hady, lapor gempak.com.

Hetty Koes Endang pula menambah, "Tempo, feeling, klimaksnya kamu dapat!"

Wann yang membawakan lagu Bossanova tidak kalah memukau. Namun, Hetty memberi amaran tentang satu kebiasaannya.

"Hati-hati artikulasi kurang jelas. Itu ciri khas anda. Terlalu banyak 'ahak ahak'!" katanya.

Naqiu Boboy pula dinobatkan sebagai Artis Cili Padi Paling Power dengan persembahannya membawakan lagu Episod Cinta.

Berikut prestasi bintang-bintang GV2019 bagi konsert minggu pertama:

1. Jatt - Khayalan 84.57%
2. Hady Mirza- Angkasa 74.33%
3. Wann - Bossanova 74.33%
4. One Nation Emcees - Anak Kampung 73.67%
5. Sham Visa - Dalam Gerimis 73.33%
6. Roy - Ratnaku 66.33%
7. Nurfatima - Selembut Sutera 62.33%
8. Naqiu Boboy - Episod Cinta 61.00%
9. Ameer Sofazr - Janjiku 59.00%
10. Feeza - Ungkapan Kata Bernafas Cinta 56.67%
11. Kool - Bebas 55.33%
12. Noorshila Amin - Rambu Ramba 54.00%
13 Mazleela - Tabah 46.67%

Tiada penyingkiran dibuat pada minggu pertama.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.  

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan