Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Jangan beri anugerah lagi, kata pasangan YouTube M'sia, Pavithra dan Sugu

Pasangan YouTuber sensasi, S. Pavithra dan M. Sugu enggan menerima sebarang penganugerahan ikon selepas perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga mereka selepas pengiktirafan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan beri anugerah lagi, kata pasangan YouTube M'sia, Pavithra dan Sugu

Pasangan YouTube Malaysia, S. Pavithra dan M. Sugu (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 24 Jul 2020 10:54PM Dikemas Kini : 24 Jul 2020 11:02PM

IPOH: Pasangan YouTuber sensasi, S. Pavithra dan M. Sugu enggan menerima sebarang penganugerahan ikon selepas perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga mereka selepas pengiktirafan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 baru-baru ini.

Pavithra, 28, yang diumum sebagai penerima anugerah ikon berkenaan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), berkata mereka sebaliknya mahu menumpukan kepada penghasilan video masakan menerusi saluran YouTube seperti biasa.

"Saya tidak layak untuk menerima pengiktirafan ikon Perak atau apa-apa pengiktirafan lagi selepas ini.

"Ramai lagi yang lebih layak kerana berbakat dalam pelbagai bidang untuk menerima pengiktirafan itu, jadi janganlah pilih kami," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri pendakwaan suaminya di Mahkamah Sesyen di Ipoh pada Jumaat (24 Jul).

Sugu, 29, didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah berkenaan hari ini kerana memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Selasa lepas.

Ibu kepada dua anak itu berkata penolakan pengiktirafan itu juga bertujuan untuk mengelakkan orang ramai daripada berasa iri hati terhadap kehidupan mereka sehingga menimbulkan perselisihan faham.

Pavithra berkata beliau telah memaafkan Sugu dan mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan normal bersama keluarga tanpa dikenali orang ramai seperti dahulu termasuk tidak mahu melibatkan diri dengan mana-mana ahli politik.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan