Images
  • isyana main
    Penyanyi Indonesia Isyana Sarasvati. (Gambar: Instagram / Isyanasarasvati)

Isyana Sarasvati mengaku pernah ragu-ragu jadi penyanyi pop

JAKARTA: Penyanyi popular Indonesia yang pernah menjadi pelajar Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura Isyana Sarasvati mengaku pernah mempunyai perasaan ragu-ragu ketika memulakan kerjaya sebagai penyanyi dan pencipta lagu pop.

Ini kerana beliau menyedari bahawa beliau sejak kecil lagi mendalami muzik klasik dan tidak berniat menjadi penyanyi non-klasik.

"Kebanyakan orang menganggap saya sebagai penyanyi pop padahal saya menceburi muzik klasik dan tidak pernah terfikir terjun ke dunia komersil dan saya tidak pernah berminat menjadi penyanyi non-klasik," kata Isyana dalam acara "Sunsilk #TakTerhentikan" di Jakarta, pada Isnin (7 Okt).

Alumni Royal College of Music London itu kemudian mendapat tawaran untuk membawakan muzik pop, yang membuatnya berdepan dengan dua pilihan, iaitu: menerima kesempatan yang datang atau meneruskan impiannya.

"Aku berfikir lagi, dari kecil saya cipta lagu sendiri, saya bernyanyi, saya main klasik dari kecil. Tapi klasik kan memang sangat terasing. Aku juga sebenarnya seorang pemalu," ujar pelantun lagu "Keep Being You" itu.

"Kalau komersil kan dunianya berbeza dengan klasik. Kalau klasik aku hanya diam sampai semua selesai. Kalau komersil saat tampil kita harus mengajak penonton ikut nyanyi. Aku 50:50, aku suka cipta lagu juga," jelasnya lagi.

Akhirnya Isyana menerima tawaran dari salah satu label tempatan untuk menceburi muzik pop. Beliau juga berasa beruntung kerana diberi kebebasan untuk meluahkan muziknya.

- BERNAMA/NA/na

Top