Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isu khat: 'Anak saya belajar kaligrafi Cina', dedah anggota Raihan

Isu penulisan kaligrafi Jawi atau tulisan khat dalam kurikulum pelajaran Malaysia hangat dibahaskan baru-baru ini. Kumpulan nasyid popular Raihan berkongsi pandangan mereka tentang isu tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu khat: 'Anak saya belajar kaligrafi Cina', dedah anggota Raihan

Kumpulan nasyid, Raihan. (Gambar: Raihan Official/Facebook)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 12:29AM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 12:32AM

MALAYSIA: Isu penulisan kaligrafi Jawi atau tulisan khat dalam kurikulum pelajaran Malaysia hangat dibahaskan baru-baru ini.

Astro Awani melaporkan, isu tersebut begitu hangat dibincangkan sehingga sesetengah pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mencetuskan sentimen perkauman.

Mengulas hal tersebut, kumpulan nasyid terkenal Raihan, berkata isu penulisan khat tidak seharusnya dipolitikkan.

Salah seorang anggota kumpulan itu, Che Amran Idris, berpendapat tulisan jawi tidak 'meng-Islamkan' sesiapa.

"Saya rasa ia adalah sentimen yang sengaja digembar-gemburkan," kata beliau seperti dilaporkan Astro Awani. "Bagi saya satu tulisan itu cara untuk menyampaikan maklumat".

"Memang tulisan jawi dikaitkan dengan agama, namun jika kita menulis tulisan agama lain pun ia tidak membuatkan kita nak masuk agama mereka.

'TUHAN JADIKAN KITA UNTUK SALING MENGENALI'

Rakan sekumpulannya, Abu Bakar Md Yatim, turut menyuarakan pandangan yang positif berhubung isu tersebut.

"Sebenarnya bergantung kepada persepsi kita. Tulisan bangsa-bangsa lain kita kena belajar, sebab itu Allah jadikan kita berbeza-beza untuk saling kenal mengenali," kata beliau seperti dilaporkan Astro Awani.

Malah beliau turut berkongsi bagaimana beliau menghabiskan wang untuk anaknya yang berusia 10 tahun, belajar seni kaligrafi lain.

"Untuk anak saya, dia memang sekolah Cina tapi untuk masuk kelas kaligrafi kena bayar.Tapi tidak apa, sebab saya pun minat seni, saya mahu dia belajar seni kaligrafi tersebut," katanya kepada Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan