Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isu dadah tak perlu diperbesar lagi, kata Pekin Ibrahim

Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim berpendapat isu dadah dalam kalangan penggiat seni tidak harus diperbesarkan lagi kerana akan memberi impak negatif terhadap industri seni dan kreatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Isu dadah tak perlu diperbesar lagi, kata Pekin Ibrahim

Gambar: Facebook/Pekin Ibrahim Sevenwords

Diterbitkan : 03 Nov 2021 10:23AM Dikemas Kini : 03 Nov 2021 10:30AM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim berpendapat isu dadah dalam kalangan penggiat seni tidak harus diperbesarkan lagi kerana akan memberi impak negatif terhadap industri seni dan kreatif.

Pekin berkata lebih menyedihkan apabila segelintir pihak yang lantang menyuarakan pendapat mengenai isu itu turut mengambil bahan terlarang berkenaan.

"Ini bukan perkara baru. Lebih baik kita fokus kepada menjaga diri kita sendiri daripada mencari salah orang lain. Lebih baik kita memberikan peluang kedua kepada mereka yang terbabit dan tidak memperbesarkan isu ini. Apatah lagi, ramai saja penagih di luar sana tetapi mungkin kerana artis jadi lebih mendapat perhatian.

"Sama-sama jaga maruah industri seni dan jangan terus menghukum dengan menyenarai hitam serta menutup terus periuk nasi individu terbabit. Rasanya semua lebih maklum apa yang cuba saya katakan ini. Namun, ia sekadar pendapat peribadi saya," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Pekin, semua pihak perlu memainkan peranan bagi menangani isu dadah yang bukan sesuatu yang baru dalam industri hiburan tanah air.

Justeru, menurut suami pelakon Mona Allen itu, lebih baik fokus kepada usaha untuk memajukan industri berbanding menutup periuk nasi seseorang, lapor Malaysiakini.

“Sekarang ini kita fokus jaga diri ikut prosedur operasi standard (SOP), jaga diri dan keluarga agar jangan dijangkiti Covid-19.

“Berikan mereka yang terbabit peluang kedua,” katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan