Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isteri vokalis Iron Maiden dijumpai mati dalam 'insiden tragik'

Isteri kepada penyanyi kugiran heavy metal terkemuka dunia Iron Maiden meninggal dunia dalam satu insiden tragik pada pagi Isnin (18 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri vokalis Iron Maiden dijumpai mati dalam 'insiden tragik'

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 19 May 2020 10:34AM Dikemas Kini : 19 May 2020 10:39AM

LONDON: Isteri kepada penyanyi kugiran heavy metal terkemuka dunia Iron Maiden meninggal dunia dalam satu insiden tragik pada pagi Isnin (18 Mei).

Paddy Bowden, isteri kepada Bruce Dickinson, dijumpai mati di kediaman yang pernah didiami pasangan itu yang terletak di Chiswick, barat London, sekitar jam 10.00 pagi, lapor portal standard.co.uk.

"Ini tragedi dahsyat yang nampak seperti satu insiden tragik.

"Anak-anak kami Austin, Griffin dan Kia sangat berdukacita.

"Kami tidak akan membuat sebarang kenyataan dalam keadaan yang amat sukar dan mendukacitakan kami sekeluarga ini sebagai menghormati mendiang Paddy," kata Dickinson dalam satu kenyataan.

Jurucakap Khidmat Ambulans London berkata pihaknya bergegas ke lokasi setelah menerima aduan pada pagi Isnin.

“Dua kru ambulans dihantar ke lokasi dan tiba dua minit kemudian.

“Malangnya, mangsa telah meninggal dunia."

Dickinson dan Bowden berkahwin pada tahun 1990 selepas menjalin hubungan selama dua tahun.

Pasangan itu bagaimanapun dipercayai berpisah pada tahun 2018.

Difahamkan Dickinson, 61 tahun, kini tinggal bersama teman wanitanya Liana Dolci di Paris.

Mendiang Bowden meninggalkan tiga orang anak yang berusia sekitar 20-an tahun.

Tiada maklumat lanjut dikeluarkan tentang kematian mendiang setakat ini.

Iron Maiden ditubuhkan di timur London pada 1975 dan menjadi antara kugiran heavy metal tersohor di dunia dengan penjualan album melebihi 100 juta di seluruh dunia.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan