Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isteri pelakon John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia selepas dua tahun bertarung dengan barah payudara

Pelakon Amerika Syarikat Kelly Preston yang berlakon dalam filem "Jerry Maguire" dan "Twins" meninggal dunia pada usia 57 tahun setelah melawan barah payudara hampir dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri pelakon John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia selepas dua tahun bertarung dengan barah payudara

John Travolta dan isterinya pelakon Kelly Preston pada 2018. (Gambar: Loic VENANCE / AFP)

Diterbitkan : 13 Jul 2020 04:36PM Dikemas Kini : 13 Jul 2020 04:42PM

LOS ANGELES: Pelakon Amerika Syarikat Kelly Preston yang berlakon dalam filem "Jerry Maguire" dan "Twins" meninggal dunia pada usia 57 tahun setelah melawan barah payudara hampir dua tahun.

Berita sedih itu diumumkan suaminya, John Travolta, di halaman Instagram pada Ahad (12 Jul).

"Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan isteri saya Kelly tewas dalam perjuangan melawan barah payudara selama dua tahun," tulis pelakon Grease itu di Instagram.

Dinukil Reuters, Kelly Preston lahir di Honolulu dengan nama Kelly Kamalelehua Smith. Beliau menggantikan namanya jadi Kelly Preston sebelum tampil dalam filem pertamanya Mischief.

John Travolta, dikenali melalui filem Saturday Night Fever dan Grease, bertemu Preston pada 1988 semasa mereka membintangi filem The Experts. Kedua-duanya bernikah pada 5 September 1991 di Paris.

Kelly Preston meninggalkan suami dan dua anak mereka, Ella, 20 tahun, dan Benjamin, sembilan tahun.

Seorang lagi anak lelaki mereka, Jett meninggal dunia ketika berusia 16 tahun pada 2009.

"Saya tidak pernah bertemu seorang begitu yang berani, kuat, cantik dan penuh cinta seperti anda," tulis anaknya, Ella Travolta, dalam catatan di Instagram.

Sumber : Reuters/BERNAMA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan