Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isteri pelakon Ahmad Tarmimi Siregar meninggal dunia

Pelakon veteran Ahmad Tarmimi Siregar kehilangan isteri tersayangnya awal pagi tadi (15 Mei) akibat masalah pernafasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri pelakon Ahmad Tarmimi Siregar meninggal dunia

Pelakon veteran Ahmad Tarmimi Siregar bersama isteri. (Gambar fail: @datamimisiregar/Instagram)

Diterbitkan : 15 May 2020 03:47PM Dikemas Kini : 15 May 2020 03:54PM

MALAYSIA: Pelakon veteran Ahmad Tarmimi Siregar kehilangan isteri tersayangnya awal pagi tadi (15 Mei) akibat masalah pernafasan.

Media tempatan melaporkan, Allahyarhamah Zulhaila Siregar Sulaiman, meninggal dunia pada sekitar jam 2.00 pagi di kediaman mereka di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur.

Allahyarhamah Zulhaila pernah membintangi filem Sepi pada 2008, selain menjadi penerbit bersama filem Belukar lakonan Bront Palarae, Daphene Iking dan ramai lagi.

Ahmad Tarmimi memberitahu Harian Metro, beliau hanya menyedari isterinya sudah tiada pada sekitar jam 4.00 pagi.

"Selalunya setiap kali bangun solat tahajud dalam jam 2.00 pagi saya akan periksa dia dulu, tapi tadi tidak. Dalam jam 4.00 pagi baru saya periksa dan mendapati dia sudah tidak bergerak dan kaki pun sejuk.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya sebelum tidur iaitu jam 11.00 malam. Saya sempat hantar video kepada ahli keluarga bagi memaklumkan keadaannya yang tidak berapa baik. Pernafasannya dan oksigen kurang bagus. Dia nampak penat sangat," katanya kepada Harian Metro.

Kesihatan isteri Ahmad Tarmimi dikatakan semakin memburuk sejak tiga tahun lalu akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

"Sakit dialami sudah tujuh tahun, tapi mulai merosot sejak tiga tahun lalu yang mana dia sudah tidak boleh keluar rumah. Kalau keluar pun, kena bawa oksigen bersama. Itu pun sesekali saja," jelas Ahmad Tarmimi.

Beliau turut berkongsi dirinya sudah redha dengan pemergian isteri kerana keadaannya semakin tidak stabil.

"Sejak dua minggu lalu dia sudah tidak berapa ingat, malah minggu ini pernafasannya tidak menentu. Jadi, saya bercakap pada diri, saya reda jika Allah mahu mengambilnya. Ambillah dia.

"Macam semalam pun saya pujuk dia makan dan minum, tapi tak nak. Dia sempat cakap nak peluk anak bongsu yang baru pulang dari kerja," katanya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan