Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Isteri Dr Mahathir buat persembahan di konsert M Nasir, Jamal Abdillah

Ramai yang mungkin mengenali beliau sebagai wanita yang teguh menyokong suaminya Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad sepanjang perjalanan politik beliau. Namun pada 22 Disember ini, Dr Siti Hasmah bakal menyandang peranan lain di hadapan khalayak ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri Dr Mahathir buat persembahan di konsert M Nasir, Jamal Abdillah

Gambar fail Dr Siti Hasmah (paling kanan) bersama Dr Mahathir Mohamad (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Nov 2018 12:10PM Dikemas Kini : 02 Nov 2018 12:17PM

MALAYSIA: Ramai yang mungkin mengenali beliau sebagai wanita yang teguh menyokong suaminya Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad sepanjang perjalanan politik beliau. Namun pada 22 Disember ini, Dr Siti Hasmah bakal menyandang peranan lain di hadapan khalayak ramai.

Malaysiakini melaporkan, wanita berusia 92 tahun itu bakal membuat persembahan biola bersama penyanyi M Nasir dan Jamal Abdillah dalam Konsert Duo Legenda.

Bercakap semasa sidang media pada Khamis (1 Nov), Jamal berkata Dr Siti Hasmah akan mengiringi sebuah segmen pada malam VVIP.

Kehadiran beliau, menurut Jamal, adalah bertujuan mengutip dana bagi golongan yang memerlukan.

“Kutipan ini akan disalurkan kepada anak yatim dan golongan yang tidak berkemampuan.

“Tiket VVIP akan dijual secara spontan kepada syarikat korporat pada malam itu,” kata Jamal seperti ditukil Malaysiakini.

Menurut Jamal lagi, Dr Siti Hasmah kelihatan amat gembira apabila idea persembahan itu dicadangkan kepada beliau.

“Beliau sangat teruja dengan idea ini. Beliau sampai genggam tangan isteri saya yang berada semasa pertemuan itu diadakan,” katanya.

Menurut Malaysiakini, Konsert Duo Legenda bakal berlangsung selama empat hari bermula 20 Disember hingga 23 Disember, dengan tarikh terakhir diperuntukkan khas bagi tujuan mengutip dana.

Sebagai penerbit konsert, Jamal berkata pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran kutipan dana, namun melahirkan harapan agar pihak korporat menunjukkan sokongan padu.

“Ia terserah kepada Shapadu (syarikat penganjur) seberapa banyak undangan akan diedarkan.

"Tetapi saya berharap ramai pihak korporat akan tampil sama untuk membantu mengumpul dana nanti,” katanya.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan