Images
  • disappearance
    Sebuah filem dari Iran yang berjudul Disappearance memenangi anugerah filem terbaik bagi Pertandingan Filem Cetera Asia di Anugerah Layar Perak Pesta Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF) yang ke 28 semalam (2 Dis). (Gambar: SGIFF)

Iran, Filipina raih anugerah tertinggi dalam Pesta Filem Antarabangsa S'pura

SINGAPURA: Sebuah filem dari Iran yang berjudul Disappearance memenangi anugerah filem terbaik bagi Pertandingan Filem Cetera Asia di Anugerah Layar Perak Pesta Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF) yang ke 28 semalam (2 Dis).

Anugerah bagi Filem Pendek Asia Tenggara yang terbaik pula diberi kepada pembuat filem Jodilerks Dela Cruz, Employee of the Month iaitu Carlo Francisco Manatad.

Pembuat filem Disappearance, Ali Asgari, menewaskan tujuh lagi filem yang disenaraikan untuk dinobatkan sebagai yang terbaik. Ia merupakan filem sulungnya yang menceritakan kisah dua pasangan muda yang bercinta yang lari dari hospital ke hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan sambil mengharungi pelbagai rintangan.

Menurut jemaah juri empat orang anggota, meskipun plot filem tersebut hanya dalam tempoh satu malam, ia berjaya menampilkan “(sifat) kasih sayang, kebenaran dan kesederhanaan yang mengagumkan” sedang ia juga “menyampaikan kerencaman budaya dan hubungan manusia”.

Malah, pelakon wanita filem Disappearance, Sadaf Agsari turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik.

FILEM ANIMASI TEMPATAN MERAIH ANUGERAH

Sementara itu, jenaka 'kelakar seram' merupakan genre yang berkesan bagi pembuat filem warga Filipina, Carlo Francisco Manatad, apabila filemnya Jodilerks Dela Cruz, Employee of the Month, dipilih sebagai Filem Pendek Asia Tenggara Terbaik.

Ia memaparkan hari terakhir seorang penjaga pam minyak di tempat kerjanya dengan cara bercerita yang berjenaka tetapi membentangkan “isu-isu keadaan huru-hara, jenayah dan keganasan” pada masa yang sama, menurut para juri.

Dalam pada itu, seorang rakyat Singapura, Tan Wei Keong juga meraih anugerah Filem Pendek Singapura yang Terbaik dengan filemnya, Between Us Two.

Filem itu menunjukkan perbualan seorang anak yang homoseksual bersama emaknya menerusi animasi. Para juri berpendapat bahawa topik yang diketengahkan dalam filem tersebut penting dan pendekatan peribadi Tan menjadikan filem itu “lebih memilukan”.

SGIFF menutup edisi ke 28 hari ini (3 Dis) dengan lebih 14 anugerah yang diberi dengan tayangan filem Disappearance di Muzium Negara Singapura.

- CNA/SM/sm

Top