Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ip Man 4 kutip lebih S$1.7 juta di S’pura dalam hanya 3 hari

Filem keempat dan terakhir Ip Man mencatat kutipan pecah panggung tertinggi bagi sebuah filem Asia di Singapura tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Ip Man 4 kutip lebih S$1.7 juta di S’pura dalam hanya 3 hari

(Gambar: Shaw Organisation)

Diterbitkan : 24 Dec 2019 06:49PM Dikemas Kini : 24 Dec 2019 06:51PM

SINGAPURA: Filem keempat dan terakhir Ip Man mencatat kutipan pecah panggung tertinggi bagi sebuah filem Asia di Singapura tahun ini.

Ip Man 4, yang dibintangi Donnie Yen, mula ditayangkan pada Jumaat (20 Dis) dan dalam tempoh tiga hari, filem ini mengutip lebih S$1.7 juta.

Menurut Shaw Organisation, filem itu mengutip lebih S$543,000 pada hari pertama ditayangkan dan mencatat rekod S$682,000 pada hari kedua.

Pada awal Disember, bintang filem itu sempat mengadakan lawatan ke Singapura untuk mempromosikan filem tersebut. Yen melancarkan sebuah pameran di Hab Tampines Kita. Beliau turut menghadiri tayangan perdana filem tersebut pada 10 Dis.

Pameran yang dilancarkan dibuka kepada orang ramai sehingga 6 Jan dan menampilkan beberapa babak ikonik dalam tiga filem Ip Man sebelumnya. Ini termasuk ruang tamu Ip Man yang dilengkapi dengan perabot kayu, serta meja bulat besar dalam babak aksi lawan Ip Man 2.

Dalam filem terakhir siri ini, watak utama dikatakan berpindah ke Amerika Syarikat untuk mencari sekolah sesuai untuk anaknya. Di sana, beliau berdepan dengan tentangan dan diskriminasi dari beberapa pihak, termasuk guru tai chi bernama Wan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan