Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Inilah hadiah Siti Nurhaliza buat kanak-kanak pesakit jantung

Hati si ibu pasti tersentuh apabila melihat anak-anak kecil menderita akibat menghidap penyakit jantung. Apatah lagi jika ibu itu sendiri mempunyai seorang anak kecil.

Anggaran Waktu Membaca:
Inilah hadiah Siti Nurhaliza buat kanak-kanak pesakit jantung

Lima kanak-kanak pesakit jantung bakal menerima bantuan, hasil kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019. (Gambar: Siti Nurhaliza Tarudin/Instagram)

Diterbitkan : 31 Oct 2019 01:25PM Dikemas Kini : 31 Oct 2019 01:32PM

KUALA LUMPUR: Hati si ibu pasti tersentuh apabila melihat anak-anak kecil menderita akibat menghidap penyakit jantung. Apatah lagi jika ibu itu sendiri mempunyai seorang anak kecil.

Itulah yang dirasakan oleh penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza, di majlis pelancaran kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019 yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

"Apabila melihat nasib yang menimpa anak-anak seusia anak saya sendiri, Siti Aafiyah, hati saya pasti tersentuh.

"Latar belakang mereka mungkin berbeza, namun besar harapan dan menjadi tanggungjawab saya untuk turut menyumbang sedikit tenaga dan keuntungan daripada perniagaan saya kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti kanak-kanak pesakit jantung ini," kata Siti seperti dipetik oleh laman berita, Astro Awani.

Hasil kempen itu, lebih RM200,000 (S$65,160) sudahpun dikumpul sejak 2011. Dana itu disalurkan ke dalam tabung yayasan itu bagi membiayai kos pembedahan 14 kanak-kanak pesakit jantung yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, lima kanak-kanak pesakit jantung bakal menerima bantuan daripada kempen yang akan berlangsung selama dua bulan, mulai November ini.

Kesemua kanak-kanak ini dijadual menjalani pembedahan di IJN.

Kos keseluruhan pembedahan itu dianggarkan sekurang-kurangnya RM70,000 (S$22,800), menurut laporan Astro Awani.

SINGLE TERBARU 'TERANG' JADI TEMA KEMPEN

Siti turut melancarkan sebuah single terbaru berjudul 'Terang' pada tahun ini, yang turut menjadi lagu tema kempen tersebut.

"Lagu ini merupakan hadiah buat mereka bagi membakar semangat anak-anak kecil ini agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa," katanya.

Menurut laporan Astro Awani, lagi RM10,000 (S$7,350) akan disalurkan ke dalam tabung Yayasan IJN sekiranya video lagu tema kempen itu berjaya ditonton oleh sehingga 1 juta penonton menerusi saluran YouTube Siti Nurhaliza Official.

Video itu akan dimuat naik mulai esok (1 Nov).  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan