Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ini dia rahsia sebalik wajah awet muda Nassier Wahab

Wajah Nassier Wahab yang tidak 'makan tua' menyebabkan ramai yang tertanya-tanya apa petua penyanyi legenda itu yang tidak kelihatan seperti lelaki yang berusia 57 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini dia rahsia sebalik wajah awet muda Nassier Wahab

Gambar: Facebook/Dato Nassier Wahab)

Diterbitkan : 21 May 2019 10:18AM Dikemas Kini : 21 May 2019 12:22PM

KUALA LUMPUR: Wajah Nassier Wahab yang tidak 'makan tua' menyebabkan ramai yang tertanya-tanya apa petua penyanyi legenda itu yang tidak kelihatan seperti lelaki yang berusia 57 tahun.

Rambutnya masih kekal hitam dan lebat, perutnya kempis serta kulit wajahnya masih tegang.

Ketika diajukan kepada penyanyi yang popular dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu, dalam senyuman penuh makna, Nassier memberitahu, beliau sudah terlalu kerap ditanya soalan tersebut, menurut laporan Astro Awani.

Bagi artis kelahiran Pulau Pinang itu, perkara paling asas yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu ialah menjaga amalan pemakanan.

“Sebenarnya yang paling penting dalam mengekalkan wajah awet muda ini, ialah bermula dengan pemakanan,” kata Nassier dalam temu bual dengan Astro Awani pada Rabu.

Namun begitu, Nassier atau nama sebenarnya Mohd Nasir Abd Wahab juga mengakui, beliau sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah.

"Jaga hubungan dengan Allah. Dekatkan diri kita dengan Allah kalau boleh solat tepat pada waktunya, jangan tinggal sembahyang, rajin-rajin baca Al-Quran, baca kisah-kisah Nabi (kerana) banyak beri panduan," kata beliau.

Pada masa yang sama, Nassier juga memberi penekanan kepada pentingnya bergaul dengan persekitaran yang positif.

Astro Awani melaporkan, Nassier berkata, pergaulan dengan orang-orang positif memberikan kesan yang baik kepada dirinya.

Nassier juga mengakui tidak terlepas daripada dibelenggu oleh tekanan namun beliau mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan isu itu.

Pendekatan Nassier dalam mengurus tekanan ialah bersikap positif dan reda selain tidak melarikan diri daripada masalah.

Penyanyi lagu Memori Cinta Luka itu memberitahu, beliau juga sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada dikelilingi oleh individu-individu yang membawa pengaruh negatif, lapor Astro Awani.

“Elakkan daripada berjumpa dengan orang-orang yang boleh beri kita stres, jadi saya sering berdoa kepada Allah untuk jauhkanlah orang yang sering beri masalah kepada aku," kata Nassier, ujar bapa kepada Intan Najihah, 22 tahun.

Dalam masa sama, Nassier juga menjalani gaya hidup yang sihat selain tidak terlepas melakukan senaman ringan setiap hari.

Sempena bulan puasa, Nassier turut berkongsi amalan pemakanannya pada bulan Ramadan yang cukup sederhana.

Katanya, memandangkan beliau mempunyai penyakit gastrik, justeru menjadi keperluan baginya menjamah nasi ketika waktu sahur selain mengelakkan sajian pedas.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan