Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Infinity War' dapat sambutan hangat, raih lebih AS$95 juta di 43 negara

Sebuah lagi tayangan filem Disney-Marvel mendapat sambutan hangat. Filem Avengers: Infinity War dengan pantas mengatasi rekod tahun lalu bagi tayangan filem 'The Fate of the Furious'.

Anggaran Waktu Membaca:
'Infinity War' dapat sambutan hangat, raih lebih AS$95 juta di 43 negara

Gambar: Mario Anzuoni

Diterbitkan : 29 Apr 2018 10:20PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 10:53PM

LOS ANGELES: Sebuah lagi tayangan filem Disney-Marvel mendapat sambutan hangat.

Filem Avengers: Infinity War dengan pantas mengatasi rekod tahun lalu bagi tayangan filem 'The Fate of the Furious'.

'Infinity War' adalah kemuncak bagi filem-filem Marvel bermula dengan 'Iron Man', di mana watak-watak popular seperti The Avengers, The Guardians of the Galaxy dan Thanos ditampilkan.

Ia merupakan antara filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat serata dunia kerana akhirnya para penonton dapat menyaksikan adiwira-adiwira Marvel berperang dengan Thanos - watak antagonis hebat yang akan berbuat apa sahaja asalkan tujuannya untuk mengumpul kesemua Infinity Stones tercapai.

Malah, trailer filem itu sahaja sudahpun ditonton lebih 171 juta kali di YouTube.

Filem terbaru itu meraih pendapatan AS$93 juta (S$133 juta) di 43 negara dan dijangka melepasi AS$500 juta (S$661 juta) di seluruh dunia menjelang hujung minggu pembukaannya. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan