Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ikon televisyen Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun

Pengacara rancangan televisyen dan radio Amerika Syarikat, Larry King meninggal dunia hari ini (23 Jan) pada usia 87 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Ikon televisyen Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun

Larry King.

Diterbitkan : 23 Jan 2021 10:42PM Dikemas Kini : 23 Jan 2021 10:44PM

LOS ANGELES: Pengacara rancangan televisyen dan radio Amerika Syarikat, Larry King meninggal dunia hari ini (23 Jan) pada usia 87 tahun.

Berita kematian ikon televisyen itu disahkan oleh satu kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya sendiri (@kingsthings).

Syarikat yang beliau asaskan bersama, Ora Media, tidak menyatakan punca kematiannya namun, menurut laporan media King dijangkiti COVID-19 dan mempunyai sejarah masalah kesihatan yang panjang.

King disahkan meninggal dunia pada jam 7:45 pagi waktu tempatan di Cedars Sinai Medical Center di Los Angeles.

Terkenal dengan imej suspender dan bingkai cermin matanya yang berwarna hitam, King pernah menemu bual banyak nama-nama besar menerusi rancangan di CNN "Larry King Live" selama 25 tahun.

Sebelum ini, King, dimasukkan ke hospital pada 3 Januari lalu selepas dijangkiti COVID-19.

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan