Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ikon pop yeh yeh A Rahman Hassan meninggal dunia pada usia 73 tahun

Seniman veteran A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Khamis (13 Jun) pada usia 73 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Ikon pop yeh yeh A Rahman Hassan meninggal dunia pada usia 73 tahun

Penyanyi pop yeh yeh era 1960-an A Rahman Hassan. (Gambar: YouTube/mohd idris adam)

Diterbitkan : 13 Jun 2019 07:19AM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 07:38AM

AMPANG: Seniman veteran A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Khamis (13 Jun) pada usia 73 tahun.

Penyanyi pop yeh yeh era 1960-an itu disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 12.40 malam, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung, menurut BH Online.

BH Online melaporkan, Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat selepas solat Zuhur hari ini (13 Jun).

Allahyarham meninggalkan isteri, pelakon Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, A Rahman dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor.

Sebelum itu, pada 1 Jun lalu, penghibur veteran itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur jam 3.30 pagi akibat masalah jantung, menurut Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan